Kumpulan penjenayah geng wanita mengandung dikesan aktif mencuri produk susu bayi di pasar raya di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.
Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan pasangannya membabitkan lima wanita yang menyamar sebagai perempuan mengandung.
Kumpulan suspek itu bergerak secara berkumpulan ketika melakukan jenayah itu.
Modus operandi kumpulan itu adalah memasuki pasar raya yang sentiasa sibuk dengan pelanggan.
Suspek lelaki dengan suspek wanita yang kononnya hamil berpura-pura memilih barang sebelum mereka mengambil produk susu pelbagai jenama dan menyembunyikan dalam baju.
Dalam kejadian terbaru di sebuah pasar raya di Jalan Gambang dekat sini kelmarin, kumpulan tersebut melarikan 308 tin susu bernilai RM6,000 dalam tempoh setengah jam.
Generasi ibu bekerja, ibu tiada masa nak menyusukan anak dengan susu ibu. Terpaksa guna susu lembu. Zaman barang naik ni.. macam2 boleh berlaku
BalasPadam