Rabu, 6 April 2011

Tengok nii..Lagi Kenyataan Polis Yang "Menyakitkan" Hati...

Penyebaran video Fitnah Anuar, yang tersiar dalam YouTube petang semalam tidak mengganggu siasatan polis..Fuhhh..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ghazali Md Amin berkata,siasatan polis hanya tertumpu kepada penyebaran video tersebut yang menggelarkan diri mereka datuk "T" sahaja.
"Walaupun video tersebut telah tersebar secara meluas namun siasatan polis tidak terganggu,"jelas beliau.

"Cuma kalau ada aduan dibuat mengenai muat turu video tersebut dalam Youtube barulah kita boleh membuka kertas siasatan dan mengkaji kesalahan apa yang dilakukan,"katanya.


Juragan : Kalau video Chua Sui Lek dulu,siap warning habis..dan siapa
yang memiliki video tersebut akan ditangkap.bila bab video Anuar
"tak Nganggu siasatan"katanya..Perghh..bunyi macam tak kisah aje beb,
macam perumpamaan "ada babi hutan disebali jamban" kah3..??


18 ulasan:

  1. Ingatlah apa yang berlaku hari ini akan menjadi Sejarah pada masa hadapan. Walaupun yang bertanggungjawab menangani masalah hari ini sudah tiada di muka bumi tetapi anak cucu dan turunannya
    ada. Maka harus di ingat anak cucu merekalah akan menerima kutukan dan cercaan zaman berzaman kerana
    kesalahan dan kecuaian nenek moyang mereka. Contohnya:- Oh iniah dia cicit si polan yang jadi anjing politik... atau seumpamanya.Kasihanilah anak cucu kita. Abdullah bin Ubai bapa munafik sudah 1000 tahun lebih masih dikutuk dan di laknat. Tidak mustahil peristiwa hari ini dan nama mereka yang bertanggungjawab akan dibukukan. Nah di situ mana anak cucu kita nak letak muka. Jangan fikir singkat fikirlah setinggi menara berkembar kalau tiak setinggi bulanpun.

    BalasPadam
  2. samalah juga kalau kita yang mendukong seorang penzina kiranya benar menjadi pemimpin, akan dikenang sampai bila2 bahawa nenek moyangku dulu mengangkat seorang penzina sebagai tuan., jadi apa salah aku kalau berbuat demikian maka dosa akan berterusan. kalau kita berkata kepada orang lain seorang yang memfitnah dan sekiranya ianya juga tidak benar maka kita juga adalah seorang daripadanya. Jadi lebih baik disiasat sepenuhnya dan berlaku adil walau siapapun sipesalah tersebut. kita rasakan bila kita dipihak betul semua kenyataan yg terkeluar pasti benar sedangkan dalam sembahyang pun kita masih diganggu oleh syaitan maka kita jgn yakin bahawa segala amalan kita akan diterima kerana Allah itu maha mengetahui,di akhirat nanti jadilah Islam di dunia dan Islam disisi Allah dan jangan jadi Islam di dunia tidak disisi Allah.

    BalasPadam
  3. anak mata-mata pencen6 April 2011 pada 2:29 PG

    Apa nak jadi dengan PRDM 1Malaysia. Ingatkan selepas Musang Hasang pencen PRDM bertambah baik, sebaliknya bertambah cekai, bertambah kemalaunannya, bertambah kehipokritannya, bertambah zalimnya, bertambah keparatannya. Apa nak jadi dengan dengan 1Malaysia. Bubarkan sahaja PRDM. Ada polis dengan tiada polis sama saja. Lingkup Malaysia sudahnya. Ismail Omar lu buang saja sama lu punya unifom tu. Kasi malu rakyat saja.

    BalasPadam
  4. Kepada tanpa nama, mereka yang anti DSAI dan teman-teman songkok tinggi kalau anda tidak mampu untuk mendatangkan 4 saksi usah lah buat Fitnah. Sesungguhnya Fitnah lebih teruk dari membunuh. Renungi Firman Allah dalam Surah AlBuruj ayat 10.
    إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ

    Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

    Jangan kita bersekongkol dan bersubahat dengan penyebar fitnah, penyokongnya, pemimpinnya dan partinya.

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/panas-video-seks-anwar-ibrahim-sah.html#ixzz1Ih16rYUx

    BalasPadam
  5. Menuduh orang penzina itu ada saksi ke yang lihat dengan mata kepala. Saksinya mesti 4 orang dan bukan golongan fasik. Cakap seolah aalim " islam di dunia dan islam di sisi Allah" Siapa guru yang mengajar ni. Inilah kalau tak reti buat cara tak reti nanti menjadi sesat lagi menyesatkan. Islam itu syumul tak ada jenis di dunia tau di sisi Allah' Islam itu hak Allah diturunkkan kepada manusia melalui para rasul untuk kehidupan dunia akhirat. Nampak sangat sekularnya.....

    BalasPadam
  6. akhir zaman fitnah adalah amalan pemimpin yang tak BerIMAN.hidup mereka membuat fitnah sama ada beri sokongan, kata IA, diam pd yg berkuasa, ulamak senyap dan BISU, DAN SELURUH RAKYAT yg mengaku beriman dan pilihan pemimpin zaman dan maksiat turut sama dapat saham berzina
    TAKBIR

    BalasPadam
  7. Salam Yob, Be End...your days are numbered!!!

    BalasPadam
  8. Samaada liwat betul atau tidak processnya mesti ada 4 saksi yang baik. Jangan dok main hentam cara british

    BalasPadam
  9. Kalau dah memang mcm tu kenapa tidak berani membuat sumpah mubahalah itu cara Islam kan? kenapa mesti menggunakan cara Islam hanaya untuk ketika tersepit, seolah selama dalam keadaan aman kita terlalai hanya waktu terkena sesuatu barulah kita meneyebut "Ya Allah". Seperti Tanpa Nama di atas menulis perkara yang kita belum pasti biarkanlah ianya disiasat seandainya kita pun menuduh orang lain terlibat kita juga memfitnah, adakah manausia dikelaskan ada yg boleh disalahkan dari segi hukum dan ada yang tidak boleh? cuba ulaskan sedikit dari segi hukum tentang video yang dilihat ramai orang seumpama ianya sedang berlaku, bukan ucapan atau maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut. Jgn pandai2 hanya menyebut 4 saksi, bagilah pihak2 yang benar2 faham erti hukum yang menentukan bagaimana ini nak diselesaikan. bagaimana orang2 yg membuat maksiat ditempat yang tidak boleh dimasukki hanya berduaan dibuat laporan selepas kejadian berlaku,jelaskan?

    BalasPadam
  10. Kazaf amat dialukan seandainya masih tidak mempunyai keputusan maka akhirnya sumpah mubahalah akan dilakukan.

    BalasPadam
  11. YANG MEMBUNUH DI PERLIS NAK GUNA SISTEM APA PULA? ADAKAH ITU PUN KONSPIRASI, KENAPA IANYA TIDAK DIMUATKAN DALAM SITE NI, PASAL PEMUDA PAS KUT? ADILLAH SAUDARA2KU SEMUA PADA DIRI SENDIRI, JANGAN TERLALU TAKSUB, HINGGAKAN KUMAN DISEBERANG NAMPAK GAJAH DEPAN MATA TAK TERLIHAT. ITU KES LAGI BESAR MELIBATKAN MYAWA.

    BalasPadam
  12. Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainol Rijal Abu Bakar berkata, ia dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

    Justeru kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

    “Dalam mahkamah syariah, pembuktian boleh diperoleh melalui ikrar, syahadah dan bayynah termasuk bukti yang diperoleh melalui video.

    “Bagaimanapun, bukti melalui video perlu disahkan ketulenannya oleh pakar selain perlu jelas siapa pelaku tersebut,” Menurut beliau, sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan

    BalasPadam
  13. dalam bsnyak hal, kita patut cadangkan kepada orang ramai, jangan buat aduan ke PDRM, supaya PDRM tiada kerja nak di buat. PDRM hanya buat kerja jika ada aduan. ITUKAH INTIPATINYA.

    di cadangkan juga aduan dibuat jika intipatinya
    tidak melibatkan individu tertentu atau dalam kes
    kecil/ringan sahaja

    BalasPadam
  14. polis memang sial... barua anjing umno yahudi apco...

    BalasPadam
  15. Memang betullah tak habis belajar.Sumpah mubahalah boleh digunakan selepas proses kehakiman dijalankan apabila situduh masih ingin membela dirinya.Tentang tanpa nama sebut tentang video tu biarlah orang yang benar-benar faham tentang hukum...bukankah beberapa orang Mufti telah memberi ulasan tentang video itu kenapa masih tak hendak dengar juga.Adakah kita nak menggunakan alasan Kalau boleh Rasullah boleh datang zaman ini baru nak percaya juga, maknanya Islam tu masih tak lengkap lagilah.Kita bukan berkata tentang siapa dia orang itu, kita menyebut tentang bagaimaa orang itu didakwa dalam kaedah islam sebenarnya.

    BalasPadam
  16. KITA ALU-ALUKAN CARA ISLAM, SEHINGGA KE SUMPAH MUBAHALAH

    BalasPadam
  17. tak yah tunggu bicara kalau nak sumpah mubahalah, kalau memang rasa benar nak elakkan fitnah apa salahnya buat cara Islam, kalau dah takut apa lagi yg mampu difikirkan.

    BalasPadam
  18. USTAZ (PEMUDA PAS) YANG BUNUH BUDAK TU CAMNE BEB? TAKKAN SENYAP JE PUAK2 KAU. DIMINTA DIKAJI SEKOLAH2 SWASTA TENTANG KAEDAH GURU DAN PEMBELAJARAN. OOO KALAU KENA ATAS BATANG HIDUNG SENYAP JE LAH, MACAM TU LA YANG KATA ADIL, TAJUK NI AKAN DITATANG SAMPAI PRU 13. AKU NAK TGK SIKIT APA ALASAN KORANG, ADAKAH MEMANG AHLI YANG NAK MASUK PAS DIBOLEHKAN BUAT APA YANG KORANG SUKA. BAI'AH APE KORANG IKUT.

    BalasPadam