Rabu, 11 Mei 2011

Fuhhh...Akhirnya Najib Akui...

Akhirnya Najib akui bahawa partinya tidak bersatu,dan masih mengamalkan budaya berpuak-puak dan cantas mencantas,untuk itu Datuk Seri Najib Razak menggesa kepimpinan parti itu agar bersatu dan membuang politik berpuak-puak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Umno ke-65 di sini malam ini, Presiden Umno itu berkata, sebagai sebuah parti keramat di Malaysia, Umno harus melakukan perubahan lebih besar untuk terus mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu?

“Apakah kita sudah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk rakyat? Apakah kita rajin turun padang? Dampingi rakyat? Adakah kita dekat di hati rakyat? Belum... belum lagi, jadi sambutan ulang tahun 65 ini kita mesti berikrar untuk dekatkan diri dengan rakyat sebagai pemimpin Umno.

Kalau Umno bersatu, apatah lagi orang Melayu pegang Umno parti keramat, Umno itu Melayu, Melayu itu Umno... kalau semua sudah sedar yang mana ada kekurangan kita perbaiki sebab kita tidak mahu sejarah kita berakhir,” katanya di sini.

Kata Najib (gambar), selagi “semboyan” pilihan raya umum ke-13 belum ditiup semua kepimpinan parti Melayu itu harus bekerja keras untuk memantapkan parti itu.


Juragan : Kuah3....Macam mana nak ajak PAS bersatu dengan Umnoporn kalau
parti reput lu orang pun dah berpecah belah dan tunggu nak mampoussss....




1 ulasan:

  1. Tak yah turun padang langsung lebih baik. Perabih duit dan buang masa je..Nak kena siap TShirt/NasiLemak/Khemah/BungaManggar...UMNO ingat duit tu mak bapak dia punya..

    BalasPadam