Ikrar tersebut terkandung dalam satu usul yang diluluskan di akhir Perhimpunan Agung kelapan Mubarak di sini malam tadi.
Sambil merakamkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, usul tersebut juga menggesa rakyat supaya terus menyokong kerajaan sedia ada demi untuk kesejahteraan bersama.
Majlis itu menegaskan bahawa sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 ketika suasana politik tempatan tidak menentu, pentadbiran kerajaan kelihatan kucar kacir dan rakyat berada dalam keadaan gelisah, Najib telah memperkenalkan pelbagai dasar serta inisiatif baru untuk memulihkan semula keyakinan rakyat.
Antara dasar dan inisiatif tersebut yang tujuannya khusus untuk melonjakkan proses pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020, termasuklah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan serta Transformasi Ekonomi dan Transformasi Politik.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara itu juga meluluskan penubuhan Gabungan Koperasi Mubarak Malaysia dan cadangan penubuhan Bank Koperasi Mubarak untuk meningkatkan ekonomi anggotanya.
Semoga mereka tumbang macam Hosni Mubarak di Mesir.
BalasPadamtiada kedaulatan kah malaysia sampai mau minta tolong orang asing dalam pru? atau memang kita kena jual sudah sama mubarak?
BalasPadam