Ahad, 15 Mei 2011

Hebatt..Sampai Darah Mendidih..kah..kah..kah..

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini.

Oleh itu kata Hishammuddin (gambar), “biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili.”

Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika “anda semua” menjadikannya berpengaruh.

Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan.

“... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah,” kata Hishammuddin.

1 ulasan:

  1. Lompat si Katak lompat, lompat tinggi-tinggi, mari duduk dekat kita pakat asah gigi.

    BalasPadam