Ahad, 15 Mei 2011

Kenyataan "Berani" Mufti Ini..Mahukah Umno Mendengar..??

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa pihak berkuasa syarak agar tidak hanya menjadi ‘fence sitter’ atau penonton sama seperti rakyat biasa dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu.

Juanda berkata, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam soal penguatkuasaan undang-undang - penguatkuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah - bertanggungjawab di hadapan undang-undang dan Allah s.w.t atas akujanji dan sumpah setia jawatan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang syarak.

Oleh itu kata Juanda (gambar), jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir.

“Kegagalan mengambil tindakan adalah salah di segi undang-undang dan berdosa di segi agama kerana khianat atas akujanji mereka.

“Ambillah tindakan segera kerana isu ini sudah lama merosakkan imej umat Islam, merendahkan moral masyarakat dan memperlekehkan undang-undang negara,” kata beliau dalam satu kenyataan mengulas perkembangan semasa kes video seks yang si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah pun menafikan dakwaan dibuat oleh trio “Datuk T”.

Selain aduan polis dibuat Anwar, laporan qazaf juga dibuat oleh beberapa pihak terhadap “Datuk T”.

Sehubungan itu Juanda menambah, jangan kerana akibat kelalaian mengendalikan isu ini nanti, kelak ia menjadi “paku terakhir yang dipahat” oleh umat Islam ke atas “keranda” institusi perundangan syarak.

Juanda juga mendakwa imej undang-undang syarak di Malaysia sudah cukup tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang syarak dalam isu video ini.

“Pihak penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah bertanggungjawab menjaga akhlak serta memelihara moral umat Islam.

“Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Mereka wajib menjalankan tugas hisbah dalam sebuah negara Islam,” katanya.

Mufti itu juga menambah, mereka wajib menjalankan tugas “amar makruf nahi munkar” agar wujud masyarakat yang berakhlak dan bermoral, bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam dan mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral ini.

“Tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkannya dan mengedarkannya untuk tontonan umum,” katanya lagi.

Kata Juanda, jika ada pihak yang bersalah atas jenayah zina atau qazaf, maka jatuhkan hukuman sama ada dalam bentuk hudud ataupun takzir.

“... kalau ada pihak yang diaibkan, maka bersihkan imej mereka melalui pelaksanaan qazaf dan kalau ada pihak yang tidak bersalah, maka bebaskan mereka. Inilah keadilan Islam untuk semua, tanpa memilih kedudukan mereka,” katanya lagi.

8 ulasan:

  1. Apa pendapat mufti lain pula ,nampak senyap sja

    BalasPadam
  2. ok pulak mufti ni, dah belajar politik kut.

    BalasPadam
  3. Salam. Mohon tuan linkkan blog saya pada blog tuan. Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih.
    http://wartashubhi.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Biasanya bila dah lama sikit belajaq politik baru mula kheti..Politik haram jadah macam Datok T sewajibnya dikenakan qazaf. Aku setuju sangat apa yang dikatakan oleh Syeikh Dr Wahbah Al Zuhaily dalam hal ini. apa dok tunggu lagi Puak2 yang ada dalam Majlis Fatwa kebangsaan dan Tok Peti? Hentikan kerja Puak yang mencemarkan imej perundangan Islam di mata Rakyat pelbagai kaum.

    BalasPadam
  5. dok tunggu apa lagii,,para mufti,hakim syarae,,,,

    BalasPadam
  6. TAPI DLM UTUSAN HARI NI LAIN MACAM JER JUANDA KATA..SEOLAH2 NUAR MEMANG DAH BERSALAH, LALU JUANDA GESA AMBIK TINDAKAN SEGERA PD NUAR!!!

    BalasPadam
  7. NGO PEMBELA...dr yusri mane sonyaaap je

    BalasPadam
  8. Apa cerita mufti lain,sonyap jo...

    BalasPadam