Ahad, 1 Mei 2011

Tengok nii..Congak "Bangang" Seorang PM..

Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

"Mereka kena buat pilihan antara dua. Kalau nak pembangkang maknanya mereka kenakorban parti dalam kerajaan dan kalau nak suara mereka yang lebih untuk bawakepentingan mereka, jadi mereka kena sokong parti komponen Barisan Nasional(BN)," katanya. Perdana Menteri berkata MCA akan memutuskan perkara itu hanya setelah pilihanraya umum akan datang selesai.

"Bagaimanapun mesejnya jelas. Jika anda mahu pembangkang yang kuat, anda perlumengorbankan perwakilan Cina dalam kerajaan tetapi jika anda mahu perwakilanCina yang kuat dalam kerajaan, maka anda perlu mengundi parti komponen BN,"katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau yakin MCA akan sentiasa bersama BN kerana tahu BN adalah sebuah kerajaan yang adil, dan hanya BN yang dapat memastikan kestabilan serta keharmonian di negara ini.

"Rekod pencapaian kami telahpun terbukti, dasar kami diterima oleh semua kaum. Maka MCA, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap bersama BN," katanya.

7 ulasan:

  1. UMNO ni pun bengong, bila dah ajak PAS masuk BN, semua kerusi UMNO kenalah beri pada PAS. Semua kerusi PAS untuk PAS sahaja. Jadi UMNO mau tak mau kena tendanglah MCA, MIC dan lain-lain komponen. Kalau tak UMNO nak bertanding di mana? Takkan nak bertanding di Sarawak kot?

    Ini baru dikatakan win-win situation. Kalau betul UMNO mahu PAS masuk BNlah. Tapi Najib boleh mimpi syok sampai belengas katil.... sebab PAS tak terliur pun. Kalau terliur tu maknanya pemimpin spesis 'Mesra UMNO', yang ni kalau nak masuk BN masuklah.... tak heran.

    BalasPadam
  2. itu senario kalau bn memerentah... kalau pakatan rakyat memerentah.... aiiyah... ini bn punya orang tak tahu kah... itu pkr semua bangsa ada.. itu dap semua bangsa ada.. itu pas semua bangsa ada... umno mca mic itu parti kaum maa.... agama kita bebas pilih maa...

    BalasPadam
  3. TANK U PAS LUV YOU PORNJUANG BANGSA 1 MALAYA SAJA UMAH UMAH UMAH ........Sabtu, April 30, 2011
    DAP kafir harbi semakin kuat, PAS semakin lemah!!!
    pada 4/30/2011 10:59:00 PM Posted by Aspirasi
    KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

    Perdana Menteri berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, Pas telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

    "Kita lihat poster di sini (Terengganu) “Pas ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti Pas”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), Pas berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.

    "Pas, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini. - Bernama .
    Terhangat!!! Nik Aziz suruh Anwar bersumpah
    Posted on May 1, 2011 by rmf7

    Oleh rmf

    Rata rata penyokong PAS telah menolak sumpah yang dilakukan oleh Saiful, Eskay yang mana dikatakn tiada didalam Islam dan tidak mengikut syariat yang dibenarkan walaupun telah bersumpah dengan menggunakan nama nama Allah.

    Pada hari ini Nik Aziz dan bersependapat dengan Mufti Perlis yang mana menyarankan dilakukan upacara sumpah dibuat oleh kedua belah pihak untuk menyatakan kebenaran.

    Dato eskay telah pun melakukan nya didalam sebuah Masjid walaupun ditentang hebat oleh Penyokong PKR yang diketu

    BalasPadam
  4. OMNOPORNO dan pemimpinnya yang berotak porno dah mengarut.Tanda-tanda jelas nak mamposs.Sekejap ajak PAS masuk umno , sekejap DAP sekejap beri kata dua pada MCA...cuma aku nak tunggu bila lagi puak ni nak ajak PKR masuk umno

    BalasPadam
  5. nak cerita sikit....masa PAS pegang and jadi MB Perak selama 11 bulan....siapa yang tetiba jadi kaya raya.....pengundi PAS yang selama ni sorak sakan....keje tak ubah jugak....projek tak juga dapat...hidup serupa jugak....tiga orang abang saya pun orang PAS....ke hulu hilir nyokong PAs bagai nak rak....bila Nizar jadi MB....janji tinggal janji....abuk pun tarak....nak dapat projek satu pun tak dapat....projek dgn MBI pun lebuh, dgn JKR pun lebuh...dgn JPS pun lebuh...Balak & Pasir & Kuari langsung le dapat tenguk je....rupa - rupanya yang meletop senang lenang orang kuat DAP tu....depa kontrol dalam mesyuarat EXCO...apa jua keputusan mesti kena dua beradik sedara tu yang bagi keputusan....mana kuasa MB Nizar.....rujuk balik la pada mesyuarat MMK negeri masa PAS jadi MB....lebuh orang Melayu...apa pun takda....yang dapat pun ada le sorang dua..tu pun kerja kelas F...yg projek besor macam balak atau pasir....semua kuncu kuncu DAP yang sapu bersih....tanya PAS atau PKR ...apa yang depa dapat di Perak dalam masa tu.....janji dapat le...tapi hanya janji dapat je....surat kelulusan habuk pun tarak.....ramai kenalan dalam Pejabat Tanah & Pejabat Hutan maklum....banyak nya kuncu DAP yang dapat....tak percaya...boleh pergi sendiri semak....nama syarikat yang dapat kawasan serta projek...berapa kerat orang PAS & PKR dapat....berapa peratus DAP dapat .....95% DAP yang 5% baru le PKR atau PAS....

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 1.30 tak payah tipulah, cakap kosong tak sertakan bukti. Kalau betul dah tentu SPRM cekup Nizar, cekup pemimpin DAP yang dikatakan tu... silap-silap mati jatuh bangunan SPRM. Dan dah tentu MB Mamak Perak tu hebah cerita macam kompang sumbang di seluruh negara. Ini mana ada hanya Tanpa Nama 1.30 je buat cerita.

    BalasPadam
  7. tanpa nama 11.23...rasanya kamu tak tahu sebab kamu tak masuk dalam golongan tu....maaf le saya ni yang terlibat dalam pengeluaran surat - surat kelulusan...isteri saya pun sama kerja di dalam jabatan kerajaan ...kami tahu le....form 49 & form 24 syarikat...nama penuh pengarah serta syarikat...yang mana dapat balak....kami tahu sebab kami kerja di dalam jabatan....nak bohong buat apa...kalau nak tahu tanya sendiri pada Mufti....tanah dia di chemor jadi apa...tanah tu dia dapat utk sekolah agama tahfiz....tapi ditarik balik dan dijadikan tapak sekolah cina gelangang basketball....pegi le ke Jabatan Ukur & tanah Perak...tenguk sendiri...tuan boleh search sendiri....tanya pulak pejabat tanah sungai siput....apa jadi pada tapak sekolah agama sg siput.....ditarik balik utk dijadikan rumah kedai dua tingkat....tak percaya lagi ...rujuk kepada keputusan EXCO...berapa banyak tanah rancangan utk org melayu ditukar keputusan nya.....tapak tanah tokong dan berhala di Bercham....kelulusan tanah mcm roket naik bulan....nak tipu buat apa....kami yang kerja dalam kerajaan kami tahu apa yang jadi....berapa banyak kali Dato Seri SS dan Dato Penasihat Undang Undang Negeri serta Dato Pegawai Kewangan Negeri menentang semasa dlm mesyuarat EXCO semasa Nizar jadi MB....yang banyak bercakap dlm meeting Exco adalah Ngeh dan Nga...depa yg buat keputusan...Nizar tunduk dan akur serta turunkan tandatangan.....u tak tahu jgn cakap banyak...saya tahu ..kerana saya bertugas dlm kerajaan Perak...abg abg saya memang dlm PAS..sebab depa kelulusan dari Mesir....dan pernah bekerja dgn NIzar dlm company dia masa buat Lif projek utk Bangunan Persekutuan Greentown.....kami tahu masalah dalaman yang sebenar....tapi kami kerja makan gaji....siapa jugak menjadi pemimpin kami terima....tapi naluri dan semangat Melayu tetap dalam hati kami.....takan tak tahu kelulusan Kg Baru Cina dapat 999 tahun geran....mana ada dalam Malaysia kelulusan ni.....cari le....kenapa kg melayu tak dapat....kkelulusan tanah tapak industri boleh dapat 999 tahun....mana ada....tenguk sendiri la bukti depan mata....jalan pasir puteh, jalan temiang, jalan liew boon swee...papan kenyataan jualan tanah tapak kilang industri...tenguk sendiri....semua hak cina..mana ada hak melayu.....tanah rezab melayu di jelapang apa jadi....TAK NAMPAK KE ???? tanah - tanah tu milik org melayu yang dah Arwah...tuanpunya dah meninggal...sepatutnya diberi hak kpd faraid, atau pemegang amanah raya Perak....akan tetapi ditukar kelulusan sekelip mata kerana Exco jual pada tokeh Cina singapura....sekrg dah jadi kes mahkamah kerana pemilik sebenar menuntut hak...kamu tak tahu jgn nak pandai kata kami bohong.....tak guna kami bohong..apa kami dapat....yang kami maklum adalah perkara yg sebenar.....yang nak SPRM cekup Nizar nak buat apa....yang kami katakan adalah sikap boros Ngeh n Nga Kor ming....dan nizar jadi badut....hilang hak melayu

    BalasPadam