Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.
Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.
Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.
Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan