Isnin, 27 Jun 2011

Tengok nii..Melampau Puak-Puak "Bangsat" ..!!

Tindakan provokasi individu yang menyelitkan gambar lucah di dalam 11 naskhah Yasin di masjid negeri di sini terus dikecam pelbagai pihak.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yussof Latif berkata, tindakan itu sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu selain cuba menimbulkan syak yang boleh menyebabkan perpecahan.

Yussof berkata, tindakan itu juga adalah satu penghinaan kepada institusi masjid yang secara umumnya tahu ia adalah tempat orang Islam beribadat.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, kerana selama ini rakyat hidup dengan aman damai. Jenayah seperti ini, boleh dianggap sebagai satu pencabulan keharmonian rakyat negara ini.

“Kita tidak tahu sama ada perkara ini dibuat oleh orang Islam sendiri atau orang lain namun ia merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab dan berdosa besar kerana mencemarkan kesucian masjid,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Justeru, Yussof meminta polis segera menjalankan siasatan dan memberkas pihak yang bertanggungjawab serta mengenakan hukuman setimpal.

Menurutnya, beliau tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang sengaja memainkan sentimen agama tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

“Jangan jadikan Islam sebagai mangsa untuk menjayakan sesuatu agenda yang tidak bermaruah dan tidak takut dengan azab dan kemurkaan Allah. Islam adalah agama yang suci dan agama yang dipelihara oleh Allah,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan penemuan gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah Yasin di masjid negeri di sini.

Gambar lucah yang memaparkan pelbagai aksi ranjang pasangan luar negara itu ditemui di dalam naskhah yang diletakkan berdekatan pintu masuk masjid oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya.


JuRaGan : GuA nak tanya lu orang semenjak-duamenjak ni puak mana yang suka sangat fitnah dan provokasi dengan benda-benda Lucah dan menjijikkan ini??Parti Cap Cangkul ke??atau Parti NoAmRamHaDahja di Somalia?? kuah3...Gua yakin mana mungkin orang kafir berani masuk dalam masjid??Dah pastilah orang melayu yang punya kerja..melayu mana???..Lu Orang sendiri mau ingat la..

3 ulasan:

  1. Adakan sembahyang hajat biar mampus si pelaku...

    BalasPadam
  2. Setuju dengan komen Tanpa Nama 12:22pm. Kita semua kena sembahyang hajat minta kepada Allah menjaga kesucian rumah Allah.

    Elok bebenor cadangan tu, kalau boleh buat setiap hari selepas solat Isha' di semua masjid-masjid.

    BalasPadam
  3. Mungkin kerja datuk T atau utusan meloya kerana sejak akhir-akhir ini suka sangat pada benda 'berahi'

    BalasPadam