Isnin, 25 Julai 2011

10 NGO Buat Demo Di Hotel Mandarin..Bantah Pertukaran Suaka..

Kira-kira 10 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpundi hadapan Hotel Mandarin Oriental di sini bagi membantah secara aman majlis menandatangani dokumen pertukaran pemohonan suaka antara Malaysia dan Australia pada Isnin.

Bantahan yang diketuai Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya, itu bermula pada pukul 11.30 pagi dan bersurai setengah jamkemudian.

Mereka membawa sepanduk yang tertera ayat membantah pelaksanaan pertukaran itu sambil melaungkan 'Shame On You, Stop The Deal'.

Perjanjian pertukaran suaka itu ditandatangani di antara MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia, Chris Bowen.

Turut hadir dalam bantahan itu adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Lawyer of Liberty, Fadiah Nadwa dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr Irene Fernandez.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan