Isnin, 25 Julai 2011

Kenyataan Naib Presiden Paling "Bangang" ....

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan meminta kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pertubuhan haram seperti Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Naib Presiden NGO Turun Padang (NGO TP), Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, adalah perlu mengelakkan wujudnya pertubuhan-pertubuhan haram lain dengan berleluasa pada masa akan datang boleh menggugat keamanan rakyat dan negara melalui pelbagai tindakan tidak diduga.

“Melayan pertubuhan (haram) seperti ini tidak ada kesudahan. Keinginannya tidak pernah puas. Jadi, selepas ini saya kira wajar sekiranya kerajaan menghalusi fenomena bersabit pertubuhan haram dalam negara ini.

“Kita tidak mahu undang-undang, dan prinsip demokrasi negara di calar oleh segelintir pihak tertentu hanya kerana kepentingan peribadi semata-mata apatah lagi jika tindakan itu dipengaruhi kuasa asing,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, fenomena pertubuhan haram tidak boleh dipandang remeh atau dibiarkan tumbuh dengan melata di negara ini, sebaliknya sudah sampai masanya kini kerajaan bertindak keras berdasarkan undang-undang.

Dalam pada itu beliau turut menyokong desakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenakan tindakan ke atas dua portal pro pembangkang yang didakwa sering kali menyiarkan yang boleh menghuru-harakan negara.

“Gambaran buruk yang disiarkan melalui laporannya berhubung perhimpunan Bersih 9 Julai lalu boleh mencemarkan imej negara di mata dunia,”

“Kita tidak boleh atau dengan kata lainnya jangan beri muka kepada individu, kumpulan termasuk apa jua pertubuhan seumpama ini,”katanya yang juga selaku presiden Persatuan Muay (Tomoi) Malaysia Majlis Boxing Sedunia (WBC). Habis.

JuRaGan : Hampeh la lu orangg...kalau nak bodek kerajaan pun agak-agak la broo..Parti politik pun lu orang nak haramkan..skrg NGO yang bukan politik pun lu nak haramkan..Apa sal PEKASA dan PEWARIS yang lantang suarakan perkauman,sampai nak berperang pun lu orang buat pekak saje..sbb apa??sebab PEKASA dan PEWARIS nii penjilat kerajaan..Hancus Umnoo..

1 ulasan:

  1. MEMANG BERUK OOOPS BRO NGO TURUN PADANG(NGO TP)KELANTAN TU GENG PANDI KUTTY MANA NAMPAK SESAMA GENG BUAT LAHANAT ATAU PERKAUMAN ! HANYA NAMPAK SESIAPA YANG MENGANCAM KEBEJATAN PARTI SEKUTU APCO AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN DEMI MENEGAKKAN GENG PERASUAH,PENYELEWENG DAN PENYALAHGUNA KUASA ! DASAR TADAK MARUAH DAN AGAMA !

    BalasPadam