Isnin, 25 Julai 2011

Ngerii..Guru Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Manakala adik angkatnya yang juga seorang guru, Azuanurhuda Abdul Rahman, 24, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Difahamkan, sebelum kejadian Nur Zakiah yang memandu Toyata Rush dari Melaka tiba ke Johor Bahru untuk menjemput adik angkatnya membeli-belah.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan Nur Zakiah terperosok di bawah kenderaan manakala Azuanurhuda jatuh di bahu jalan.

Pemandu Toyota Hilux itu yang memandu sendirian hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan