Isnin, 18 Julai 2011

Badan Kehakiman...Najib Cakap "Ada Serupa Tarak"..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia komited untuk melindungi dan memastikan kebebasan berterusan badan kehakiman.

Beliau berkata badan kehakiman yang bebas merupakan komponen teras demokrasi, dan satu daripada intipati paling penting bagi pencapaian negara.

"Melindungi dan memastikan kebebasan berterusan badan kehakiman merupakan suatu keutamaan yang Malaysia benar-benar komited. Boleh dikatakan Badan Kehakiman Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka.

"Tiga dekad pertama selepas kemerdekaan adalah bebas daripada pergolakan tetapi pada akhir 1980-an telah menyaksikan perubahan besar dan kontroversi, yang telah mendapat banyak kritikan daripada awam dan spekulasi. Kemerosotan keyakinan awam terhadap badan kehakiman diperakui dan langkah segera telah diambil untuk memperkukuhkan dan melindungi kebebasan badan kehakiman," katanya pada perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 (CMJA), di sini

JuRaGan : Memang betul la bebas...bebas menjatuhkan hukuman
sesuka hati Hakim..demimelindungi kuasa reput pimpinan mereka!!

1 ulasan:

  1. bebas terkongkong.... najib usahlah dok menipu.... rakyat malaysia tahu... hakim dok kena ikut cakap pemerintah... tak bebas... kalau betul bebas kes anwar tu dah lama masuk tong sampah...

    BalasPadam