Isnin, 18 Julai 2011

Hidup Umnoo!!! Melaka Lanjutkan Waktu Operasi Pusat Hiburan!!

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya. “Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya

1 ulasan:

  1. buto... gambar pun kelab house kat kedah... xde pun usaha nak tutup bulan posa... hang jgn nak muhung laa weiii....

    BalasPadam