Isnin, 18 Julai 2011

Pembangkang Kolot - Noh Omar

Sudah menjadi lumrah pembangkang untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana mereka tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ahad.

Mengulas tindakan pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang, Noh, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata sebelum ini pun pihak berkenaan menentang banyak idea-idea pembangunan, yang kini semuanya sudah menjadi kejayaan.

"Mana ada pembangkang yang boleh terima apa jua pembaharuan oleh kerajaan BN? Masa kita mahu buat jambatan Pulau Pinang dulu, pembangkang cakap tidak perlu, pembaziran, tapi sekarang kita lihat satu jambatan itu pun tak cukup.

"Masa nak buat lapangan terbang dulu di Subang, mereka kata buat apa? Belum ada kapal terbang lagi, begitu juga masa buat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka mengadu. Tapi sekarang tengok masih tak cukup (untuk tampung keperluan) dan kita ada LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) lagi.

"Kesimpulannya, kalau kita mahu dengar cakap pembangkang, kita tak akan maju, kita akan ketinggalan zaman," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kompleks Pemasaran Fama Sabah di Telipok dekat sini, Ahad.

Noh diminta mengulas pendirian PKR dan PAS yang menyatakan sistem biometrik tidak praktikal dan kerana masih baru digunakan di Malaysia, dibimbangi mempunyai kecacatan.

Dalam laporan media Jumaat lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata sistem biometrik memerlukan masa selain kos mencecah RM3 juta untuk diselenggara berbanding dakwat kekal yang lebih praktikal dan murah.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob pula berkata sistem biometrik boleh dimanipulasi SPR kerana tiada pihak boleh memantau mesin atau pegawai yang mengendalikannya, serta belum ada bukti menunjukkan sistem itu mampu mewujudkan proses pilihan raya yang bersih kerana belum ada negara lain menggunakannya

1 ulasan:

  1. sistem biometrik xpraktikal diadakan sebb byk kelemahan.

    salah satunya bg warga berumur selalu tidak mempunyai jalur di jari.

    ditempat kerja saya mempunyai 1 kes.
    peg. tersebut tidak boleh mengakses sistem bio tersebut kerana dia tidk boleh scan jarinya..

    BalasPadam