Sabtu, 23 Julai 2011

Fuhh..DiBelasah Wanita Samseng..

Seorang wanita mengalami kecederaan di muka dan mata, akibat dibelasah oleh seorang gadis tidak dikenali di Jalan Temiang, berdekatan kedai kopi Kam Wing, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Gan Saw Foon, 43, dipukul dengan kasut dan botol bedak, sebelum ditendang di bahagian perut oleh gadis terbabit.

Menceritakan detik kejadian, Saw Foon berkata, sewaktu mahu keluar dari simpang di jalan :berkenaan, keretanya dihalang sebuah kereta Perodua Kelisa, milik gadis terbabit.

“Saya kemudiannya diarah supaya memberinya laluan sedangkan ia adalah jalan sehala dan tidak tidak dibenarkan masuk, hanya :kenderaan untuk keluar sahaja.

“Akibat tindakan saya yang enggan memberinya laluan, dia :kelihatan tidak berpuas hati lalu keluar dari kenderaannya dan membuang putung rokok ke arah saya melalui tingkap kereta,” katanya.

Saw Foon berkata, gadis terbabit mula bertindak ganas dengan menarik rambutnya dan memukul kepala serta muka dengan menggunakan kasut, sebelum mengambil botol bedak dan memukul matanya sehingga berdarah.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Lagipun ada dua lelaki bersama gadis terbabit dalam keretanya.

“Selepas hampir 10 minit saya dipukul, orang ramai cuba meleraikan pergaduhan antara kami sebelum dua kereta peronda datang ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, dia segera mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar dan membuat :laporan polis di Balai Polis Daerah Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kami masih menyiasat kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis :berhampiran,” katanya.

1 ulasan:

  1. haii..dok rasenya betina tu jantan (pondan)sbb tu berperangai mcm tu..main hentam koromo je kt org..

    BalasPadam