Sabtu, 23 Julai 2011

Gilaa...Tak Dapat Baju Raya,Suami Ugut Nak Bunuh Isteri..

Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila suspek yang berusia 20-an berang kerana mangsa yang juga berusia 20-an sering kali memintanya membeli baju raya baru.


Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya selain menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baharu.


“Mangsa yang kesakitan merayu tidak terus diperlakukan sedemikian, tetapi suspek tidak mengendahkan rayuan mangsa,” katanya.


Rashid berkata, jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak pergi melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.

Bimbang suspek bertindak lebih kejam, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada hari yang sama.


“Sebaik mangsa membuat laporan, sepasukan polis dari IPD Kajang kemudian ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan