Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.
Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam.
"Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam.
Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.
wtf ni,, ini ke ajaran islam,,, mengaib kan org ,, keculailah org tu makan teranterang,,, yg dok poie intai n tangkap, ajaran islam ke ??
BalasPadam