Ahad, 24 Julai 2011

Inilah Strategi "Kotor" BN Untuk Dapat Kembali Majoriti 2/3.

Kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata sebanyak 189 kawasan AW itu telah ditubuhkan dengan kekuatan60,000 anggota di seluruh negara sehingga kini.

"Sekarang terdapat kira-kira 60,000 anggota Askar Wataniah di seluruh negaradan kesemuanya diletak di bawah Rajimen 506 Askar Wataniah," katanya kepadapemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.

Zulkifeli berkata kerajaan merancang setiap kawasan Parlimen mempunyaikompeni Askar Wataniah yang dianggotai oleh belia dan beliawanis pelbagai kaumdalam usaha menarik minat belia menyertai tentera.

Beliau berkata anggota yang cukup terlatih akan ditempatkan di kawasansasaran penting sebelum mereka diserap sebagai anggota tetap di mana-manarejimen.

"Inilah keistimewaan menyertai AW, di mana anggota yang cukup terlatihdiserap sebagai anggota tetap tanpa perlu menjalani latihan khusus sebagaimanaangkatan tentera biasa," katanya.

1 ulasan:

  1. Inilah keistimewaan menyertai AW, di mana anggota yang cukup terlatihdiserap sebagai anggota tetap ! GERENTI KA TIDAK DIPAWAH DAN DICUCUK HIDUNG ?

    BalasPadam