Rabu, 20 Julai 2011

Kantoi...Larikan Motosikal Polis..

Seorang penjenayah bertindak nekad cuba merampas motosikal anggota polis untuk meloloskan diri sebelum dia cedera akibat ditembak dalam kejadian di bandar ini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, sejurus ditembak, lelaki berusia 40 tahun yang baru selesai menyamun seorang wanita hamil di Kuala Pilah enggan mengalah dengan menyembunyikan diri dalam sebuah kedai keranda, namun berjaya ditahan.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek dan dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Kancil dikesan unit peronda polis (MPV) berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini.

Ketiga-tiga penjenayah itu enggan berhenti apabila diarah polis sebaliknya melarikan diri hingga menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta berkenaan.


Kenderaan yang pancit itu kemudian terbabas di belakang Masjid Jamek Seremban sebelum mereka keluar dan berpecah untuk melarikan diri.


Tindakan seorang daripada suspek cuba merampas motosikal anggota polis yang kebetulan berada di kawasan itu menyebabkan dia cedera ditembak pada betis kanan, manakala dua rakannya berjaya lolos.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, penahanan suspek dilakukan hasil maklumat berhubung kes samun membabitkan seorang wanita hamil di Taman Impian, Kuala Pilah, kira-kira jam 9.30 pagi. “Dalam kejadian itu, seorang daripada penjenayah mengacu parang sebelum menampar muka dan menendang perut suri rumah itu di depan rumahnya.


“Suspek yang berjaya menyamun dua rantai mangsa kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Kancil. Namun, kejadian itu disedari saksi yang melaporkannya kepada polis.

1 ulasan:

  1. kes yang ini kita sokong polis, tapi dalam himpunan bersih kita tetap mengatakan polis zalim.

    BalasPadam