Ahad, 10 Julai 2011

Kasihann...PM Jadi Meroyan Selepas "Bersih"...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat supaya tidak menjadikan demonstrasi jalan sebagai budaya di negara ini.

"Kita tidak suka keadaan huru-hara. Kita suka keamanan dan mahu hidup dalam suasana aman dan harmoni...bukan tunjuk kekerasan kepada mana-mana pihak," katanya mengenai perhimpunan Bersih ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi Ahad.

Menurut Najib, Umno tetap menghormati undang-undang negara dan mengamalkan sistem demokrasi sejak kerajaan ditubuhkan kerana ia sentiasa mempertahankan Perlembagaan serta institusi Diraja.

"Kita akan terus mempertahankan sistem demokrasi dan tidak takut menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum apabila tiba masanya nanti," ujarnya.

Beliau berkata, Umno boleh menggumpul ahli yang lebih besar berbanding penyokong pembangkang yang membuat demonstrasi tetapi enggan bertindak sedemikian kerana menghormati undang-undang negara.

"Kekuatan kita jelas, jangan ada sesiapa yang sangsi dengan kekuatan yang kita ada. Mereka sasar kumpul 300,000 penyokong, tapi yang datang hanya 10,000 orang.

"Tapi Umno ada tiga juta ahli...kita kumpul satu juta pun dah cukup. Kita dah tawan Kuala Lumpur dengan satu juta ahli Umno, kita boleh lawan, semalam kita hanya bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun.

"Dia sanggup...merasa duduk lokap lapan jam. Itu baru sikit. Kita boleh turunkan angkatan kita. Kalau nak buat porak-peranda kita boleh tapi kita berhimpun di dewan ini kerana menjunjung prinsip undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, Najib memberitahu kerajaan khususnya Umno akan bangkit selepas tragedi huru-hara yang dicetuskan pembangkang di ibu negara pada Sabtu

Beliau berkata, Umno tidak gentar untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil bahkan mereka akan melakukan penambahbaikan bagi memantapkan jentera Barisan Nasional (BN).

"Kita akan berpadu dengan bangsa lain untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Apabila dah bersatu-padu kita minta Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. Kita nak dunia menghormati Umno," kata Najib di akhir ucapannya.



14 ulasan:

  1. biar dia meroyan..mampos lagi baik!!!

    BalasPadam
  2. Kah..kah..kah..Kita bagi Patriot,malangnya mereka jadi Kemetot bila di kejar FRU,bendera Malysia yg mereka bawa tercampak habis..mcm tu nak pertahankan negara,Pi Mampuss la dengan Patriot Umno!!

    BalasPadam
  3. Pergi Demo macam makan angin saja,baik duduk rumah tidoq..lagi baik..

    BalasPadam
  4. konon nak kumpul 1 juta ahli....sedap mulut jer bercakap...ckp berbelit2...cuba bagi permit utk buat perhimpunan kompom akan BERSIH rumah sbb semua dtg...

    BalasPadam
  5. nak kumpul apa nya kalau semua yg datang disebabkan ada bayaran...itu tradisi puak depa...
    tak macam PR..turun dengan hati yg terbuka demi menegakan keadilan...

    BalasPadam
  6. KONON NAK KUMPUL 3 JUTA...PODAHHH..

    KJ PUN TAK SAMPAI 50 ORG DEMO PATRIOT DGN DIA...

    PAGI DAAAA

    BalasPadam
  7. Bila pula haram jadah ni nak panah dek petir. Biar pengikut kenyangnya muntah balik segala harta benda rakyat yang telah ditelan.

    BalasPadam
  8. bodoh halang org pastu kata x berjaya...bangang

    BalasPadam
  9. Salam, UMNO nak kumpul 1 juta kat KL? Eh...bukan berkumpul lebih 3 org tu haram? Cakap cam ulaq!

    BalasPadam
  10. Kah!kah!kah!...kih!kih!kih!...ptuiihhhh!!!!meloyakan...

    BalasPadam
  11. pak najib nie berkumpul kat PWTC ada dapat permit polis tak nie??!!!

    BalasPadam
  12. dah agak dah najib akan kata perhimpunan tak dapat sambutan....

    aku nak gelak ni....

    BalasPadam
  13. najib....MARABUKA... BANYAKALH NANTI YANG TUNTUT KAT AKHIRAT NANTI...

    BalasPadam
  14. Biar dia meroyan mai PRU13 nanti kita bagi dia pindah ke Uzbekistan macammana setuju tak...terlalu lama jadi AP itulah puncanya terlalu melalut...dr tahun 1976 dia jadi AP macammana tak meroyan!!!!!!

    BalasPadam