Khamis, 7 Julai 2011

Muka Tak Malu...Pemuda Umno Kata Ini Kemenangan "Patriot"..

Pergerakan Pemuda UMNO Pahang tetap curiga dengan keputusan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang difahamkan bersedia untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium sebagai gambaran mereka akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, pihak berkuasa perlu berhati-hati dan pastikan perhimpunan itu benar-benar berlaku dalam stadium.

Menurutnya, Pemuda UMNO Pahang bimbang, perhimpunan mungkin akan berlaku lebih awal di perkarangan atau mungkin mereka akan berarak beramai-ramai dari satu lokasi menuju ke stadium.

“Kami akan bersiap sedia bagi memastikan demonstrasi itu hanya berlaku di dalam stadium.

“Pemuda UMNO Pahang percaya mereka ada muslihat dan tidak boleh dipercayai,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Abu Jimi berkata, Pergerakan Pemuda UMNO yang bergerak atas nama Patriot berjaya mendesak Bersih supaya membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

“Tujuan kami jelas untuk menentang semua anasir yang cuba menggugat keharmonian negara melalui demonstrasi jalanan.

“Kami akan memberi gambaran kepada penyokong Bersih, rakyat dan masyarakat dunia bahawa perhimpunan itu bukan pilihan rakyat secara keseluruhannya sebaliknya ramai yang tidak bersetuju dengan demonstrasi seperti itu,” katanya

4 ulasan:

  1. Pi mampusss la lu orang...aku memang nak bertembung sangat dgn kau orang,nak tengok hebat tara mana??

    BalasPadam
  2. yang paling aku nak jumpa puak2 mahaguru din, bkn apa nak tengok kehebatan mereka dgn manusia, dgn lembu bolehlah krn lembu tak melawan

    BalasPadam
  3. ape la korang ni. nak gaduh2 buat pe. orang nak berhimpun untuk tuntut keadilan. bukan nak gaduh. kalau ko menang, ko dapat ape? kalau ko kalah kompem dapat malu. tak gitu?

    BalasPadam