Khamis, 14 Julai 2011

Najib Tersilap...Guna Taktik Perang Dingin - Shamsul Amri

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan media kawalan Barisan Nasional (BN),Utusan Malaysia dan Umno adalah “penderhaka kepada Sultan” yang sebenar apabila cuba menghalang serta mencetus provokasi ketika perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berlangsung Sabtu lalu.

Kit Siang menegaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak akur perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia tuduhan yang tidak bertanggungjawab, tidak benar dan liar dilakukan Utusan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat Selangor tidak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0," katanya.

“Utusan Malaysia adalah suara kepada pemimpin Umno. Adakah Utusan dan pemimpin Umno menganggap puluhan ribu rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan dengan risiko ditangkap, dicederakan, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara,” tegas Lim dalam satu kenyataan medianya.

Sebaliknya tegas beliau, Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang “tidak setia dan pengkhianat kepada Sultan dan negara.

“Jika mereka amat tidak bertanggungjawab dan bertindak melulu kerana membuat tuduhan liar terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 sebagai tidak setia dan menderhaka kerana memberikan sokongan - mereka (Utusan Malaysia dan Umno) yang bertanggungjawab memutarbelitkan keadaan supaya rakyat menderhaka.

“Ini kerana Utusan Malaysia ketinggalan zaman, mereka tidak faham atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu,” katanya.

Justeru katanya, tuduhan yang dilemparkan Utusan Malaysia jelas membuktikan bahawa apa yang dikatakan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah benar sama sekali.

Kelmarin Shamsul Amri berkata, pentadbiran Najib tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Ini kerana jelas beliau, musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.

Oleh demikian Shamsul Amri mencadangkan agar Putrajaya perlu beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan traditional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan