Jumaat, 1 Julai 2011

Panas beb..,Pas Tidak Mahu "Bela" Ahli Yang Kena Tahan..

Pas tidak akan membela ahlinya yang dikenakan tindakan melakukan provokasi pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak memberikan bantuan guaman atau sebagainya kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.

“Kita tidak akan bertanggunjawab terhadap mereka. Polis boleh ambil tindakan sewajarnya. Peguam kita tidak akan bela ahli yang timbulkan provokasi semasa perhimpunan Bersih,” katanya.

Bagaimanapun kata Mohamad, pihaknya boleh beri jaminan 100 peratus bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan.

“Ahli kita akan berkelakuan baik dan patuhi undang-undang. Itu janji saya,” katanya.

Menurutnya, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib sudah arahkan turun menyertai perhimpunan.

“Jadi, kita akan turun. Saya percaya ramai yang akan turun,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Mohamad berkata, apa yang mahu dilakukan parti itu hanya menyertai perhimpunan aman menuntut pihak berkuasa melaksanakan proses pilihan raya bebas dan adil.

“Itu saja yang kita nak tuntut dan ini (tuntutan) baik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyarankan, pihak berkuasa menyiasat kenyataan satu pertubuhan mungkin akan berlaku pertumpahan darah jika perhimpunan Bersih diteruskan.

“Kenyataan ini berbaur hasutan,” katanya.

4 ulasan:

  1. kita kena sabar aje ke,,??itu dah kira dayus,Islam kalau dah kena pijak mesti lawan balik brader..Mati Syahid..Umno mati katak..

    BalasPadam
  2. kita bhimpun bkn nk ajak berperang.. pasti mreka2 mcari sebab spaya ada huru hara..

    BalasPadam
  3. Sepatutnya Kerajaan Malaysia BERBANGGA dengan rakyat yang mengadakan PESTA DEMOKRASI bukan menghalang. Orang berniaga pun untung macam kat ceramah PR. DUNIA pasti memuji PM Najib yang membenarkan perhimpunan BERSIH secara BERSIH.
    Kalau dia halang juga maknanya memang DIA PENIPU!

    BalasPadam
  4. Sapa kata sabar itu dayus? Nabi kena baling dgn najis pun boleh bersabar. Kaedah tidak menghalalkan cara.

    Cara nak mati syahid tidak semestinya aggresive atau kita provoke org yg akhirnya memijak kepala kita.

    Ambo setuju dgn bang mat. Kita juga jangan bimbang pada yg menyamar sebagai ahli PAS.

    BalasPadam