Khamis, 14 Julai 2011

Terkini..Dr. Lo' Lo' Sedang Kritikal...

Menurut berita yang diterima dari rakan-rakan, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru-paru.Tidak respon terhadap pelawat yang datang.

Suami beliau meminta para jemaah melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk mendoakan kesihatan isteri beliau...Wallahualam...

berita lanjut akan menyusul (Klik)

4 ulasan:

  1. semoga beroleh kesejahteraan..aminn..

    BalasPadam
  2. Ya Allah selamatkanlah umi kami kerana Mu..

    BalasPadam
  3. Sudah sekian lama tidak mendengar khabar berita Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'lo Haji Ghazali. Kali terakhir mendengar kenyataan media beliau semasa mempertahankan Anwar dan mengherdik penyebaran Video Seks Anwar. Namun selepas itu, Dr. Lo'lo dilihat tidak lagi kelihatan di media2 elektronik, media akhbar, media maya dan sebagainya. Sepertimana yang umum mengetahui, Dr. Lo'lo sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang beliau hadapi. Tida dinafikan beliau seorang yang amat bekerja keras bagi memastikan momentum pengundi pada PRU13 tidak berganjak. Di dalam PAS sendiri beliau dilihat telah mengubah gaya penampilan politik baru buat kaum Muslimat yang dahulu hanya mampu menegur secara lembut, lalu Dr. Lo'lo membina legasi sendiri lantang mengkritik kepimpinan kerajaan. Legasi yang dibina telah melahirkan beberapa tokoh Muslimat Alaf baru seperti Dr. Mariah dan Cik Athikah. Namun, penyakit yang beliau hadapi ini menyukarkan beliau bergerak secara aktif dalam politik. Pelbagai spekulasi dibuat mengenai penyakit yang beliau hadapi. Mungkin sudah biasa mendengar dari pihak UMNO. Akan tetapi, tidak diduga, di kalangan PAS juga ada yang 'mengumpat' memberi pelbagai andaian mengenai penyakit Dr. Lo'lo. Sehingga ada di kalangan ahli Muslimat PAS sekitar Setapak mendakwa Dr. Lo'lo terkena buatan orang. Astagfirullah.. Apa yang Muslimat PAS sekor ni merepek? Melayu CinDia walaupun dari pihak Kerajaan tidak pernah membuat sebarang andaian sebegitu rupa terhadap beliau. Nasi kangkang lah, terkena pelesit la, termakan makanan jampi lah. Melayu CinDia yang menyokong UMNO pula yang naik melenting dengan andaian2 tersebut. Ternyata kepimpinan baru Muslimat PAS ini semakin terbuka, sehinggakan berjaya mengamalkan budaya munafiq bak kata Anwar. Sudah2 lah mengumpat dengan andaian2 yang palsu. Melayu CinDia doakan agar Dr. selamat dan dapat kembali berkhidmat. ps : Kenapa tiba2 mention nama Mat Sabu..? Trademark.. Mat Sabu kan pemimpin PAS yang suka cakap2 kesat dan lucah. Orang ni kot sifu ahli2 PAS yang sepesen dengan dia.

    BalasPadam
  4. smuga Dr Lo'lo dlm keadaan selamat dan di Rahmati Allah sertta panjang umur dab cepat sembuh...amin!!!

    BalasPadam