Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.
Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.
Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.
Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.
Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.
Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.
Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.
JuRaGan : Patutlah PDRM sanggup zalimi orang awam dengan pelbagai provokasi dan tindakan tanpa memikirkan dosa dan pahala..sebab dengan sesuatu hasil yang haram.maka hati akan menjadi gelap dan tertutup!! Na uzubillah..
BILA BERKEPALAKAN PENYAMUN & PEMBOHONG APA LAGI ANAK BUAH LAGI SAKAN LAH ! LEBIH DARI 40 PENYAMUN DAA !
BalasPadamBukan semua polis macam ini.Tetapi kebanyakannya macam ini..Kah3
BalasPadamTempat aku ada cina gelarkan polis "Anjing".satu hari Sedang aku membaiki kereta sambil duduk dengan cina makanik,tiba-tiba Polis datang,lalu dia kata Anjibg sudah mali oo..aku pulak yang jadi malu sebab polis tu orang Islam.
BalasPadamMemang patutpun di gelar "anjing"
BalasPadam