Pas Kawasan Gopeng telah melancarkan satu gerakkerja yang cukup jitu pada Muktamar baru-baru ini bagi menawan DUN Sg Rapat yang kini di pegang oleh YB Hamidah dari parti dulu..kini..dan selamanya akan ruyup.
Kehadiran Ahli Parlimen Gopeng,YB Lee Boon Chye,ADUN Teja Yb Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai YB Chang Meng Khai pada majlis tersebut menggambarkan satu komitmen dan support yang benar-benar jitu dan mantap dalam usaha membantu menawan DUN Sg Rapat yang kini semakin goyang dan goyah.
Kalau dilihat gerakkerja yang telah disusun dan dilakukan oleh MTD Sg Rapat sejak setahun yang lalu dengan bertemu secara langsung dengan para pengundi untuk menyelesaikan segala permasaalahan mereka,telah meningkatkan peratusan pengundi berubah kepada pembangkang pada PRU13 ini adalah sesuatu yang akan "Menakutkan" Kak Midah dan mereka yang sewaktu dengannya.
Culaan yang dilakukan oleh MTD Pas Sg Rapat baru-baru ini,memperlihatkan suasana yang memihak kepada Calon PAS Sg Rapat iaitu Ustaz Radzi Zainon,tambahan pula krisis dalaman Umno Bahagian Gopeng yang semakin nazak dan kritikal,menyebabkan ada dikalangan ahlinya semakin "meluat" lalu mengambil pendekatan menjauhkan diri dan berkecuali.
Perkembangan yang "Menakutkan" YB Hamidah ini terbukti dengan hasil pilihanraya olok-olok yang dilakukan oleh BN baru-baru ini yang menjangkakan BN hanya mampu mendapat 27 kerusi daripada 59 kerusi DUN Perak yang dipertandingakan pada PRU-13 nanti.Tambahan pula,banyak janji-janji berupa bantuan oleh YB Midah kepada penduduk sekitar Sg Rapat tidak dipenuhi.Menyebabkan pengundi semakin kecewa dan berjanji untuk berubah angin kepada pembangkang.
Pas Kawasan Gopeng yakin,dengan bantuan yang jitu oleh ketiga-tiga wakil rakyat disamping gerakerja yang telah disusun dan dilaksanaka sekian lama,InsyaAllah DUN Sg Rapat akan jatuh ke tangan Calon Pas pada PRU ke 13 ini..Takbirr..
Gambar : Ehsan Blog Ajijoi
Hidup Pas,kesombongan Hamidah akan berakhir.
BalasPadamudah,udah la Midah..Pengundi sg rapat semakin benci dengan kamu,PRU13 ini kamu tahulah langit tinggi rendah,
BalasPadamPAS boleh menang ker.Kerja pun tak buat.Nak menang pe benda.
BalasPadamKalau nak ikutkan kerja,tahun 2008 PR langsung tak harap boleh tawan Perak dari BN.
BalasPadamTapi yang sebenarnya bukannya kerja sebagai penentuan kemenangan..yang sebenarnya apabila Rakyat dah menyampah dengan Umno/BN mereka akan sokong PR.
Kalau hendak ikut kerja.Mana mampu PR mengatasi kerja UMNO/BN semua jentera mereka guna.Tak kira Halal atau Haram Jadah.
BalasPadamPR apa ada..?? hanya pertolongan Allah dan kebencian rakyat terhadap kezaliman dan penyalahguna kuasa akan menyebabkan Umno/Bn tersungkur mampouss.