Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan pembangkang menggunakan isu yang dibangkitkan persatuan pemandu teksi untuk menghentam kerajaan tidak menguntungkan pihak berkenaan.
"Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini.
"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata demikan sebagai mengulas mengenai langkah pembangkang mengadakan pertemuan bersama persatuan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor pada Ahad.
Menerusi pertemuan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan untuk sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sekiranya kumpulan berkenaan membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
Mengulas mengenai isu itu, Syed Hamid berkata, pengusaha teksi dan pengangkutan awam darat lain seharusnya tampil ke suruhanjaya berkenaan bagi mengutarakan masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.
"Saya mahu kita lihat pengangkutan awam sebagai isu kepentingan awam. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk menentukan perkhidmatan pengangkutan awam efisyen di negara ini.
"Kalau ada masalah kita sentiasa terbuka, datang dan bertemu kita. kita bersedia untuk bertemu," katanya.
Sementara itu katanya, SPAD turut merancang mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi berkenaan bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi.
banyak kali bertemu dengan pemandu teksi PR tak heran pun..
Salam, riso bebenor deme yek?
BalasPadamNak minta permit atas nama persendirian kena jadi macam pengemis. Itu pun belum tentu dapat. Kere jaan sekarang asyik bagi permit kat kroni-kroni je. Senang-senang ambil untung. Pemandu teksi hidup merana, kais pagi belum tentu dapat makan sebab dah kena fikir nak bayar sewa. Setuju sangat permit teksi tak akan dibagi pada syarikat-syarikat. Yang dah ada tu kena soal selidik sikit. Jangan dia orang nak jadi lintah darat sampai mati.
BalasPadamMemang Zalimmmmmmmmm,aku doakan BN kalah pada PRU kali ini.
BalasPadampemandu teksi yang saya temui kebanyakannya tidak sebulu dengan UBN, rata-rata yang saya tanya, mereka sudah jelak dengan kerenah para pemimpin UBN yang hidup mewah, sedangkan pemandu teksi... betul di tengah bandar, tapi bukan senang nak cari duit. pemimpin kita senang lenang, buang duit, pemandu teksi bersengkang mata cari duit.
BalasPadam