Sabtu, 20 Ogos 2011

Pusat Tuisyen "Memurtadkan" Di Tutup..

Kementerian Pelajaran telah mengarahkan pusat tuisyen yang dikatakan menyebarkan dakwah Kristian secara halus di Jalan Klang Lama berhampiran pasar raya besar Tesco ditutup serta-merta.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana ia beroperasi secara haram ekoran tidak mempunyai permit yang sah.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Agama Islam Wilaya Persekutuan (Jawi) sedang menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan guru pusat tuisyen tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita serahkan kepada polis dan Jabatan Agama untuk menjalankan siasatan kerana ia berkait dengan undang-undang negara,” katanya

Mohd. Puad turut mendedahkan laporan awal siasatan Kementerian Pelajaran mendapati tiga murid Melayu dari Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama menghadiri kelas tuisyen yang dikendalikan secara haram itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.

Kata Che Mat, sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak akan diambil berdasarkan laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawi nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan