Selasa, 16 Ogos 2011

Si Bangsatt..Kasi Saman Jura-juta..Biar Mamat ni Kantoi Habis..

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.



Juragan : Inilah masanya PR kasi saman dengan blogger Mat Bangsat ini,sudah banyak fitnah jahat yang dikeluarnya terhadap PR tanpa mengira dosa dan pahala dengan Allah s.w.t.Sewajibnya PR melakukan sesuatu untuk memberikan pengajaran kepada mamat ini.

Kalau pimpinan Umno berani saman blogger PR sampai ratusan ribu..maka pimpinan PR Sewajibnya melakukan sesuatu terhadap mamat blogger yang terkenal dengan fitnah jahat atas bimbingan Umno Haprak ini!!



2 ulasan:

  1. Soal laporan palsu tu satu hal. Report polis dah dibuat. Sekarang laporan mengatakan GMDU adalah haram, perlu juga diambil tindakan. kes GMDU cuba mermurtadkan org Islam pd malam tersebut perlu juga di ambil tindakan. Dan 3 beradik yg mengaku murtad pd malam itu juga perlu diambil tindakan. Aturcara pada malam itu juga perlu diambil tau. Mustafa Ali mengatakan ada tngan UMNO dlm tindakan JAIS pd mlm itu. Klu benar seperti diperkatakan oleh Mustafa, memang patut pun UMNO bertindak sedemikian. Hasan Ali apa pula peranan pd tindakan JAIS itu? Harap PAS jgn ludah kelangit...

    BalasPadam
  2. Apa slhnye dia org ni masuk kristian. biarkan murtad pun x pe tapi PRU 13 ni asalkan dia org ni undi PAS. PAS kan dh ckp, undi PAS masuk syurga. X kiralah kapir laknat pun janji undi PAS.

    BalasPadam