Selasa, 16 Ogos 2011

Wanita ini..Hebatnya Kerja Jahat Mereka..

Bagaimana mungkin satu jasad dua wajah di atas tidak mampu menyesatkan muda-mudi melayu masakini yang jauh daripada didikan islam.Mana mungkin juga kita menyangka seorang wanita islam yang berpakaian menutup aurat dan sopan akhlaknya menjadi salah seorang pendakwah Kristian yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan dunia yang disediakan oleh pihak kristian.

Tetapi inilah realiti masakini..saban hari ada sahaja muda-mudi yang dimurtadkan oleh manusia yang bertopengkan wajah-wajah islam sehingga jumlahnya sudah menjangkau lebih 250 000 orang.

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan Umno Haprak dalam menangani masalah yang kritikal ini?? dan apa yang dapat kita lihat bahawa pimpinan Umno Haprak tidak mampu sama sekali menghalang kerja-kerja berterusan memurtadkan orang melayu,ini kerana mereka hanya sibuk dengan kehidupan dunia dan bermegah-megah pula dengan kuasa yang ada.

Tambahan...jabatan yang diamanahkan untuk memantau kerja-kerja jahat puak kristian ini,sentiasa pula di pantau oleh pihak pemerintah demi menjaga periuk nasi politik mereka.

Umat islam kini semakin kerisauan dengan perkembangan terbaru di Gereja Methodest Selangor.Apabila ditahan,rata-rata mereka adalah orang melayu beragama islam yang begitu mudah dimurtadkan dan dijadikan pula sebagai pendakwah kristian bagi menyesatkan muda-mudi islam masakini yang semakin lalai dengan hidangan program maksiat siang dan malam anjuran pihak pemerintah Umno Haprak.

Apakah mereka ini memerlukan zakat..??lihatlah wajah mereka yang masih muda,malah pekerjaan mereka pun boleh dikatakan semuanya hebat...masalahnya ialah pendekatan yang di ambil oleh pendakwah kristian untuk menghampiri mereka dengan ruang yang seluas-luasnya,ditambah tiadanya sekatan melalui undang-undang daripad pihak Kerajaan Umno Haprak menjadikan segala kerja pihak gereja ini bertambah mudah.

Apakah kita perlu menyalahkan mereka..??Mereka melakukan kerja mereka,sedangkan kita,terutamanya pemerintah yang menjerit-jerit mengatakan mereka sebagai parti yang memperjuangkan islam diam membisu dan hanya mampu memerhatikan sahaja,demi menjaga takut-takut terhakis kuasa politik reput mereka,maksudnya mempertahankan kuasa lebih penting daripada menegakkan dan menjaga agama Allah.

Tiada jalan lain,bagi mereka yang sayangkan agama dan anak bangsa kita,cuma ada satu jalan,iaitu kita perlu sama-sama menjatuhkan Kerajaan UmnoBn yang dilihat telah gagal menjaga Islam yang diamanahkan kepada mereka semasa mereka memerintah!!

Biarlah kita mati dalam keadaan Allah redho dengan perjuangan kita terhadap Islam..Daripada kita dibenci oleh Allah dalam perjuangan kita mempertahankan kuasa reput yang sementara, semata-mata tanpa mempedulikan Islam dan umatnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan