Sabtu, 6 Ogos 2011

Tengok nii...Kenyataan "Busuk Hati" Puak-puak Hidup MeLAYU..

Kontroversi berlarutan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap satu majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama menunjukkan kerajaan negeri Selangor sedang mengalami kepincangan ketara.

Menurut beberapa penganalisis politik, ini berikutan kenyataan yang bercanggah di antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Negeribagi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Bagi pensyarah sains politik Universiti Teknologi Mara Asri Salleh, sewajarnya Jais dibiarkan untuk menjalankan tugasnya secara profesional tanpasebarang campur tangan politik.

"Adalah lebih wajar sekiranya Jais berurusan terus dengan pihak gereja, maka benda ini tidak akan menjadi kontroversi seperti sekarang," katanya ketikadihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai serbuan Jais itu pada Rabu lepas yang menerima kenyataan berbeza dan bercanggah daripadawakil PKR, PAS dan DAP di dalam kerajaan negeri Selangor.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Mohamad Faisol Keling, semakin hari semakin jelaskepincangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kepincangan ini terjadi akibat kerapuhan Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana perbezaan matlamat dan objektif walaupun berlindung di bawahpayung yang sama iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

"Sekiranya isu yang dibangkitkan ini ada pertembungan dari segi pengurusan (kerajaan negeri) dan objektif ideologi (parti), maka ia telah membuktikankerjasama yang lemah dalam pakatan itu sendiri.

"DAP objektif lain, PKR lain, PAS pun lain. Maka perbezaan ini telah menjadi kelemahan dalam pakatan itu sendiri dan memberi kesan terhadap sistempenyampaian kepada masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan