Ahad, 7 Ogos 2011

Terkantoi..Ketua Penerangan UmNoPorn Pecah Tembelang..

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus selaku Adun Kuang berkata kepada The MalaysianInsider, 38 kerusi yang disasarkan oleh UMNO di Selangor untuk dimenangi terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar,kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

“Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

“Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” kata beliau dengan senyuman.


Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai “kawasan hitam”, yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.


JuRaGan : Benarlah Slogan..."Melayu Bangang,Umno Menang"



2 ulasan:

  1. Aduyai.....tahap gaban taraf ekonomi Melayu dikawasan separa bandar dan luar bandar. Agak2 depa tak cukup duit kot nak pakai line TM. Mahal lah tu!!!!

    BalasPadam