Sabtu, 24 September 2011

Jawapan Tepat Daripada Pengerusi DAP...

“Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Datuk Ngeh Ko Ham.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius.

Katanya, dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan.

“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) bersetuju membincangkan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

“Dalam perkara tersebut ia tidak kelihatan hanya ingin memberikan fokus kepada hukum hudud semata-mata, malah semasa persidangan sebelum ini, Karpal Singh telah bersetuju untuk membincangkannya,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan konsep itu sebenarnya perlu diaplikasikan dalam konteks kerangka demokrasi politik sebenar.

“Di sini, kita bukan hanya memberi penekanan kepada pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas iaitu penubuhan negara Islam.

“Pelaksanaan hukum hudud hanya sebahagian daripada penubuhan negara Islam itu sendiri dan sehingga kini adakah seluruh orang sendiri benar-benar faham tentang konsep tersebut.

“Yang lebih penting kedudukan Umno sendiri bagaimana dan apa pandangan mereka terhadap perkara tersebut,” soalnya.

4 ulasan:

  1. MAMAK MAHATAIK KUTTY TENTU MULA MULA SERONOK BATUAPIKAN HUDUD TAPI NANTI LAST GIGIT GUSI !

    BalasPadam
  2. kenapa tak dihebohkan Negara Kebajikan, yg di lancarkan Oleh Tuan Guru Haji Hadi..3 bulan yg lepas..

    BalasPadam
  3. sebab..inilah kemunafikan Umno...kejahatan mereka melaga-lagakan sesama manusia telah mendapat tempat yang pertama dalam negara.

    BalasPadam
  4. Inilah yang membezakan MCA sekutu umno dengan DAP rakan dalam PAKATAN RAKYAT...isu hudud ini insyaallah menyerlahkan lagi kebodohan pmimpin umno serta meyerlahkan sifat hipokrasi pemimpin umno dalam isu syariat Islam.Fikirkan bersama ADAKAH KITA MASIH SANGGUP MEMILIH UMNO SELEPAS INI?

    BalasPadam