Sabtu, 24 September 2011

Boleh Caya Ke "Kenyataan" Ini Beb..??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi usaha itu tidak dapat dilakukan oleh kerajaan secara bersendirian.

Menegaskan pentingnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, Najib berkata golongan masyarakat yang terdiri daripada perbadanan, perusahaan, pekerja, cendekiawan dan penyelidik perlu mengumpulkan sumber kolektif mereka dalam memastikan matlamat itu direalisasikan.

Dalam ucaptama pada persidangan kebangsaan "Menjadikan Negara Berpendapatan Tinggi, Satu Realiti" di sini hari ini, Najib berkata: "Tiada siapa boleh meragui komitmen kerajaan dalam perkara ini, dan saya berharap persidangan hari ini akan menunjukkan bahagian lain masyarakat yang sama-sama berdedikasi dan bersedia memainkan peranan dalam memajukan ekonomi."

Perdana Menteri berkata beliau mahu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi kerana ia akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, bangsa atau kawasan.

Beliau berkata dalam negara berpendapatan tinggi, pekerja memperoleh pendapatan lebih tinggi yang akan membawa kepada peningkatan guna tenaga swasta dan mewujudkan peluang perniagaan baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana.

"Ini hanya satu daripada contoh bagaimana sebuah negara berpendapatan tinggi meningkatkan kelajuan pemindahan wang yang merangsang kitaran pesat pertumbuhan," katanya.


3 ulasan:

  1. najib bapak pembohongan malaysia.

    BalasPadam
  2. Salam Yob,

    Cam mana nak ada kuasa membeli tinggi...tiap-tiap minggu harga barang naik?

    BalasPadam
  3. Moh Kembara.

    Bukan nak percaya tetapi realiti, DSAI berkata bahawa kenaikan harga barangan keperluan dapur dan lain-lain naik 30 peratus sehingga akhir tahun ini. Pendapatan dok takuk lama juga tetapi perbelanjaan harian bertambah....mana nak gagau lagi.

    BalasPadam