Rabu, 21 September 2011

Kata Najib...Nauzubillah..Kalau PR Dapat Kuasa...

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat, apatah lagi selewengkan fakta sejarah seperti dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pada landasan benar dan jelas serta menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

:Beliau berkata, apa dilaungkan pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan BN ialah untuk menentukan negara maju dan rakyat makmur.

“Kita ada agenda jelas, pembangkang tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama kira-kira 300 anggota Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (PBAKM) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Penasihat PBAKM.

Najib berkata, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutar-belitkan fakta.

Beliau yang juga Penaung PBAKM, berkata sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini.

“Nauzubillah, kalau pembangkang dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah ikut mereka, nak tukar bendera, banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat,” katanya.

Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan di atas komitmen ditunjukkan oleh bekas anggota PBAKM selama ini, dan meminta mereka terus membantu kerajaan menyedarkan rakyat bahawa Umno dan BN adalah parti yang sentiasa memperjuangkan rakyat.

Najib berkata, penganjuran majlis di kediamannya di Seri Perdana itu juga adalah signifikan bagi anggota PBAKM untuk bersama membantu kerajaan mempertahankan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa Putrajaya adalah maruah negara yang tidak boleh digadai kepada golongan hanya melihat kepada agenda politik semata-mata.

3 ulasan:

  1. BN is not a trade mark 4 evrything that they did so far...............
    mcm pee emm jugak......
    bila tukaq pee emm baru......
    dia pun tukaq slogan baru........
    habih satu pee emm.....habih laa idea toh.....
    Islam Hadhari dah tak bunyi dah.....
    pandang ke timur dah jadi pandang ke apco.........

    sendiri tukaq tak ape ke??........

    kah kah kah

    BalasPadam
  2. Betul..Betul..betul...cakap Anom 11:43
    kita nak tukar parti dan PM aje..
    lain-lain hal tolak tepi dulu..
    apa nama..apa nama..yang selalu PM sebut..
    tranformasi..ha..aaahhh..tranformasi
    tranformasi yang terhebat lagi hebat ialah...
    tukar kerajaan lama kepada kerajaan baru
    melalui pilihanraya secara adil dan bersih.

    BalasPadam
  3. Salam ,

    Putrajaya bukan BN punya...rakyat punya daa!

    BalasPadam