Rabu, 21 September 2011

Pengarah "Hantu Bonceng" Tiba-tiba Meroyan...

Kontrovesi tentang Dialog "Hantu Bonceng" semakin panas,kalau ikutkan pelakonnya si Zizan sudah pun memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukannya..Namun Pengarah filem tersebut Ahmad Idham yang tiba-tiba jadi meroyan apabila ada dikalangan penonton filem tersebut menegur secara baik...Namun maklum balas dalam fb beliau adalah mengecewakan..baca nii...

Ma**** Az*****

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.
Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam


Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah...



Ma**** Az*****

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.
Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam...


wasalam

14 ulasan:

  1. biasalaaa..kan dah filem cecah rm5 juta..dalam kubur hang jawab la... soal agama bukan utk barang gurauan...

    BalasPadam
  2. Aku malas nk dgr pakar bertauliah neh sbb bab tauliah ne la sebenarnya yg menghalalkan perkara yg Allah haramkan..
    tua la ahmad idham neh apakah memperlihatkan aurat itu dihalalkan?
    aku x nk pegi jauh2 tp tanyalah diri sendiri,apakah kamu sesuai memberi pendapat dlm perkara yg Allah telah putuskan maka siapakah yg sebenarnya disembah?
    renung2kan..

    BalasPadam
  3. gua tak peduli.
    sama ada hantu bonceng dapat ribu2 atau juta2.
    rezeki dia lah.
    tapi jawapan ahmad idham terhadap penegur filemnya, benar2 kurang ajar.
    ego satu macam, dan dia tak layak menjadi pengeluar dan pengarah filem.
    dia hanya layak bersama ibrahim katak, naina pp dan azeez somalia.
    jadi samseng.
    nasib baik haramjadah ni tak jadi ketua pengarah finas.
    kalau tak, habis melingkup perbadanan filem tu.
    dahlah buat filem kurafat dan mengarut, cakap besar pulak.
    dia ingat bagus sangat filemnya tu.
    kalau fikir diri tu handal, buatlah filem macam yang kru buat.
    barulah ada klassss!

    - mat ramlee.

    BalasPadam
  4. aku takut ulama' tauliah yang jadi ulaqdalamsemak, jangan pulak ulamak makan suap dek nak lulus filem...

    BalasPadam
  5. woi... boddoh... perkara yg dah jelas salah, mengaku ajelah dan minta maaf dan bertaubat... habis cerita... tak kiralah besar mana ulama yg ko refer tu... kalau dah jelas salah, salah lah... ko nak tiru mat salah ke boleh main2 kan tuhan mereka... jangan sampai mengundang bala... kalau ko sorang yg kena orang lain tak peduli, kantak ko lah... tapi ini dah jadi isu ummah... ramai budak2 yg nengok filem karut ko tu... jangan ego sangat... ko pu bukannya hebat sangat mengarah filem... jangan bongkak

    BalasPadam
  6. Ni Ipar Azzadin nie dah nak pandai tanya tahap agama orang pelak... Eloklah kita pesan memrsan dan tegur menegur. Tapi si Ahmad idham macam naik angin pulak... Macam tak boleh menerima teguran, mungkin dia rasa duit dah banyak kot... ingat-ingatlah sahabat ku, masa masih panjang umur siapa tahu... Semoga Allah memberi hidayah padanya... Amin

    BalasPadam
  7. Dah mula SOMBONG..???? wah wah

    BalasPadam
  8. Antara perkara yang paling jahat dan hina yang dilakukan oleh umat Islam ialah menghina dan main2 terhadap agama sendiri. Agama bukan perkara yang boleh dibuat main2. Jangan la kita nak bela orang yang main2 terhadap agama..nanti kita pun akan jadi hina..tugas kita ialah bela agama kita,kalau bukan kita bela agama kita..siapa lagi?..Dalam kes Ahmad Idham ni,elok lah beliau memohon maaf dan mengaku kesilapan,mengaku saja la yang beliau jahil dalam hal Agama hingga tak perasan tentang dialog tersebut..beliau tak akan hina dengan memohon maaf dan mengaku kesilapan..bahkan orang akan respect lagi pada beliau..Jangan lah beliau masih nak menegakkan benang basah dengan bersandarkan hujah yang empat orang ulamak dah tapis filem beliau tu, sesungguhnya, ulamak yang membenarkan atau mengatakan skrip yang dilafaz oleh zizan tu sebagai betul..maka ulamak tersebut bukan ulamak..budak sekolah tadika yang tak tahu mengaji pun tahu skrip tu salah dan berdosa sebab ia melibatkan akidah..Ahmad Idham juga ada mengingatkan kita semua dengan menyertakan hadis dalam FB nya bermaksud "Allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci" mungkin sebagai hujah beliau untuk membenarkan lagi tindakan beliau, namun beliau lupa kaedah Usul Fiqh mengatakan "matlamat tidak membenar cara". Contohnya kita minum arak sebab nak berdakwah pada orang minum arak, kita tak boleh mengatakan kita minum arak tak berdosa sebab niat kita nak berdakwah..niat tu baik tapi minum arak tu tetap berdosa..dan dia dikira berdosa di sisi Allah walau pun niatnya itu baik..Ketahuilah..dosa tetap dosa,masalah niat hati baik dan suci tu bab lain. Ingatlah ..tak jadi Islam kita tanpa ucapan Syahadah..jadi..faham2 sendiri la bagi orang yang hina Syahadah dan orang yang mengatakan penghinaan terhadap Syahadah itu betul sebab diluluskan oleh empat orang "Ulamak".

    BalasPadam
  9. Saudara Ahmad Idham, memang betul Allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci. Bagaimana dengan saudara? Kalau benar hati saudara tu bersih dan suci, tak kira siapa yang menegur kita. Jangan pertikai kan ilmu nya tapi lihat apa yang dikatakan. Terimalah sahaja teguran yang diberi. Mengaku je lah kelemahan diri dan bertaubatlah dengan kesalahan yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya.

    BalasPadam
  10. LPF pun terlibat sama. Semuanya jahil ugama. Perlu rombakan besar2an dalam LPF. Lebih sensitif kepada duit bukan akidah. Pengarahnya pun satu. Bila orang dah tegur, jangan lah melenting jugak. lYang menegur tu orang yang mahir agama bkn pelakun yang berlaku jadi ulama. Memang ia adalah dalam skrip, tapi kena sensitif la. Jangan asyik nak kata ulama yang tegur tu kena belajar lagi. Hati2 bercakap bila. Patutnya berterima kasih (macam zizan) Itu lah manusia. Tak nak mengaku kesilapan sendiri. Asyik menyalahkan orang lain jer

    BalasPadam
  11. pergi mampuslah lu ahmad idham.
    gua harap hantu bonceng telan lu balik.
    sebagai pengarah filem, duduk di bawah tapak kaki p. ramlee pun lu tak layak.
    tapi sombong, mengalahkan steven spielberg.
    gua setuju, semua filemnya di boikot.
    kasi ajar sama dia.
    haramjadah punya ahmad idham.

    BalasPadam
  12. nak kejar keuntungan...agama jadi bahan lawak pun x kisah..ko ni islam ke.? moga2 tuhan tunjukkan hidayah dan balasan kepada yang mempersendaka-NYA.

    BalasPadam
  13. boikot je mamat sengal nih. kalau jumpa pakat ludah muka dia, sombong gila. susah sgt ke nak mintak maaf?. gua tanya lu lagi ...susah sgt ke mintak maaf?. mana perkasa?. kasi hantam la ini mamat....ptuihhhh

    BalasPadam