Isnin, 19 September 2011

PAS Sama Sekali Tidak "Sokong" ...

PAS akan menolak sebarang cadangan untuk menukar bendera rasmi negara Jalur Gemilang dalam apa jua perbincangan dan mesyuarat antara Pakatan Pembangkang.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti tersebut tidak akan menyokong cadangan seumpama itu termasuk sekiranya disuarakan sekutu politik mereka DAP.

Sambil menegaskan perkara berkenaan tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, beliau turut berharap agar polemik isu tersebut dihentikan segera.

"Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun," katanya menerusi laman blog tuanibrahim.blogspot.com di sini, Isnin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan