Selasa, 27 September 2011

Tabik Springg...Isu Panasss...


Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

JuRaGan : Caya la ustaz..Inilah prinsip perjuangan Pas,Mendepani isu-isu yang menyentuh dan mempermainkan agama..Barang siapa yang menolong agama Allah,pasti Allah akan menolong mereka..( Samada Individu ataupun Parti )

1 ulasan:

  1. Takbirr..Sokong 100% Pemuda Pas.Patriot mana..??

    BalasPadam