Khamis, 8 September 2011

Ugutan SMS..Keluarga Mat Sabu Akan Di Simbah Asid..??

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa beliau telah menerima pesanan khidmat ringkas (SMS) berunsur ugutan daripada individu yang tidak dikenali ekoran kenyataannya berhubung isu tokoh kemerdekaan Bukit Kepong baru-baru ini.

Beliau berkata, SMS ugutan yang diterima itu turut mengancam keselamatan diri dan keluarganya apabila isu tersebut menjadi topik hangat di akhbar-akhbar tempatan sejak dua minggu yang lalu.

Antara tulisan SMS yang diterimanya berbunyi: “Awak memang patut bertaubat,awak pembohong mulut celupar. Jangan sampai saya simbah asid pada isteri dan anak-anak. Kalau tak mahu jadi batalkan debat.”

Ditanya sama ada beliau sudah membuat laporan polis berhubung SMS ugutan yang diterimanya itu, Mohamad berkata beliau belum bercadang untuk berbuat demikian.

“Setakat ini saya belum lagi buat laporan polis, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Khamis.

Menurut Mohamad Sabu, SMS ugutan itu diterima daripada nombor yang sama sejak seminggu yang lalu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan