Ahad, 2 Oktober 2011

Lu Tatak Guna Dalam Ini Parti Maaa...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai tidak lagi relevan kepada parti itu.

Ini kerana katanya, Ong mempunyai peluang untuk membuat perubahan dalam parti ketika meneraju MCA selama 17 bulan, namun tidak melakukan apa-apa.

"Apa yang beliau lakukan hanya menghukum dan memecat mereka yang menentang beliau," katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung ke-58 MCA, di sini, Ahad.

Dr Chua berkata sepanjang era Ong, MCA mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) berbanding hanya lima yang diadakan sepanjang 62 sejarah parti itu.

"Mungkin apa yang beliau maksudkan kita tidak mengadakan EGM, maka sebab itulah kita tidak relevan," kata Dr Chua dengan nada sinis.

Beliau mengulas kenyataan Ong yang dilapor berkata MCA akan hilang relevannya dalam Barisan Nasional (BN) jika parti itu tidak menyahut gesaan supaya berubah, selepas kalah 25 daripada 40 kerusi parlimen dan 59 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Dr Chua juga secara terbuka meminta Anggota Parlimen kawasan Pandan itu agar tidak bertanding sebagai calon MCA bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Dr Chua juga berkata Ong tidak wajar berkhidmat kepada rakyat di bawah tiket MCA jika beliau tidak lagi yakin dengan parti itu.

"Terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk mentafsirkan kenyataan saya ini," katanya.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Dr Chua ni at least berani walaupun ada baggage. Kalau dia buat taik, orang tak buleh upload video seks dia sbb dia dah ngaku tanpa segan silu dah! Tapi yang lain2 yg sewaktu dgn dia?

    BalasPadam
  2. Tee Kiat, kot enko masih rasis (MCA rasis macam UMNO dan MIC), enko buat parti cina baru je le. Enko buat macam Zaid Ibrahim. Tapi kot enko dah hilang sifat rasis, enko join le PKR. Enko toksah kacau parti Lim Guan Eng, sebab kat situ enko takde tempat. Kat PKR, enko boleh ambik tempat katak Cina yang dah melompat. Buat ape enko duduk dalam MCA tapi dihina oleh pelakun porno? Ini cadangan paling serius Yong.

    BalasPadam
  3. chua pun sama jugak..tak boleh pakai juga dalam MCA.memalukan MCA aje

    BalasPadam