Rabu, 30 November 2011

Banyak "Langsi" Ooo Ini Mamat...


Tan Sri Isa Samad menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau selaku ketua peneroka pada satu majlis di Negeri Sembilan pertengahan bulan ini.

Isa (gambar) yang mengetuai Felda sejak setahun lalu berkata, beliau tidak peduli dengan ugutan Shamsuddin yang mahu beliau meminta maaf dalam masa 14 hari atau menghadapi tindakan saman.

“Saman-menyaman ini adalah perkara biasa. Ada anak saman ayah, dan macam macam saman di mahkamah. Saya tidak gentar jika beliau mahu saman saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas majlis taklimat Presiden Umno di sini petang ini.

Shamsuddin, yang juga ahli lembaga pengarah Felda memberi masa 14 hari kepada Isa yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah 12 November lalu.

Shamsuddin berkata kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu” dan “jika saya jumpa saya akan lutu dia”, tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

“Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai “Pas Sam” tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin , 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

“Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan,” kata beliau lagi.

JuRaGan : Pak Sudin pun satu..Mamat ni,mana tahu adab dan nak minta
maaf,dia sapu duit rakyat dan didapati bersalah pun dia buat "Bodoh" inikan
pulak warga Felda nak saman..kuah3


1 ulasan:

  1. TS Isa Samad seorang yang banyak pengalaman dalam politik dan pentadbiran.

    Kalau setakat JKPP yang duduk bawah tangan dia tu, tak ada apa-apa laa..
    macam kocak air dalam cawan jer..

    Lagipun ini bukan masalah peneroka felda dengan kerajaan,..tetapi antara TS Isa dengan JKPP saja. Berkenaan penjelasan tentang penyenaraian
    Felda Global Venture.

    Bila TS Isa dah bentangkan data tentang keuntungan yang bakal diraih oleh peneroka-peneroka nanti, senyap laa JKPP tuu..

    Isa Samad bukan kecik anak...

    BalasPadam