Rabu, 30 November 2011

Semua Perangai Buruk Ini Kepunyaan umno..

Anggota Umno diseru supaya "Jangan sabotaj, jangan boikot, jangan cah keting, jangan peteh sama sendiri, jangan ‘mandikan’ calon-calon, jangan tutup bilik gerakan, jangan main belakang, jangan lari ke luar negeri, jangan tikam kawan, jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang."

Pesanan serius ini dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serentak di PWTC, malam Selasa.

Sebaliknya beliau meminta ahli-ahli Umno khususnya wanita, pemuda dan puteri agar "​Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti."

Beliau meminta mereka memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan dalam menentukan calon yang layak bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang yang disifatkan penentu kelangsungan politik Umno perlu dianggap sebagai medan jihad untuk agama, bangsa dan negara.

Justeru katanya, anggota Umno di setiap peringkat perlu mengenepikan perbezaan dan persengketaan sebaliknya menumpukan kepada usaha memantapkan parti dan meyakinkan rakyat mengenai perjuangannya.

"Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita.


JuRaGan : Apa yang diperkatakan oleh Pak Din adalah realiti dalam sebuah parti yang umpama tong taik,segala kekotoran berada didalamnya..Kini terpaksa membohongi penyokong UmnoLem apabila sanggup pulak bercakap pasal Jihad Agama..kuah3

Kalau sebelum ni asyik sebut pasal ketuanan Melayu yang dah tak laku,maka jihad terhadap agama pulak dicanangkan,masakan sebuah parti yang pemimpinnya mempersenda dan menolak Syariat Allah selama ini,tiba-tiba bercakap pasal jihad agama??Sudah pasti Ada Khinzir disebalik Pokok Pisang.Layakkah Umno berjihad sedangkan bini tak tutup aurat,Layakkah Umno berjihad sedang mereka penyubur maksiat,Layakkah UmnoLem berjihat sedangkan mereka menolak Hudud bulat-bulat!!Sehdiri Mau Pikir Maaa..




2 ulasan:

  1. Jihad yg macamaner tue.....asas basic agama islam pun tak mampu nak dituruti......takat menyalak ajer laaaa dan asyik menyalahkan org.....semuanya utk survival sendiri aje leeee.

    BalasPadam
  2. Pemimpin yang nak memimpin jihad, Najib dan Muhyidin laa yang paling layak..

    takkan Anwar ai juburi...atau mat sabu al khalwati !! mana mungkin LGE al khinziri..

    hahahahaaaaa....

    BalasPadam