Ahad, 27 November 2011

Fuhh..Kak Jat Kata Isu NFC Asam Garam Politik Saja...

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian keluarganya berkata, beliau akan tetap menghadiri Perhimpunan Agung Umno yang bermula Selasa ini.

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita Umno itu berkata, ia tidak mengganggu kepemimpinan beliau dalam pergerakan itu.

Ia dilihat sebagai kontroversi terbesar sejak menerajui Wanita Umno sejak 2009.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menambah, kurang penampilannya pada majlis atau media sejak kebelakangan adalah kerana bercuti dan kebetulan cuti tahunannya diluluskan awal dan ia berlaku ketika isu NFC timbul.

Beliau juga tidak muncul pada satu majlis rasminya di ibu negara petang semalam dan digantikan oleh timbalan menteri.

“Program Wanita Umno tidak tergugat, semua berjalan lancar mengikut perancangan. Seminggu lalu saya menunaikan umrah. Pagi tadi (semalam) saya bersama ribuan ahli dan pemimpin Wanita Umno di Pahang dalam program dihadiri Sultan Ahmad Shah.

“Saya akan bersama perwakilan minggu depan dan kita akan bersidang sepanjang tempoh itu,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Awal bulan ini, dalam kenyataan rasmi pertamanya, Shahrizat berkata isu berkaitan NFC yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

"Serangan ini merupakan percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya," katanya lagi.

Katanya, pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional.

"Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah...saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.

"Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu," katanya.

2 ulasan:

  1. Pala hotak engko..ingat RM250.00 ke RM250 000 000 juta Oi bahlul!! Boleh kata biasa saja..

    BalasPadam
  2. Tak terkejutla pasal dulu, sekarang dan selamanye, ketua wanita spt nek fidah dan nek jat tu ikut fahaman wasatiyyah..ooops wasapulah kerana 250 juta tu cuma 250 aje. hehehe. bukan duit rakyat tu kan duit umnooo , sapu ajelah

    BalasPadam