Ahad, 27 November 2011

Gambar Nii..Ada Udang Di Sebalik Kotiau...


Bekwoh Anak- Anak Kelate yang diadakan buat julung-julung kalinya di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam berjaya mengumpul lebih 5,000 anak-anak negeri itu di ibu kota.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, majlis tersebut diadakan khas bagi merapatkan silaturahim dan mengumpulkan anak-anak Kelantan di perantauan.

"Ini adalah perhimpunan pertama yang terbesar diadakan bagi mengumpul anak-anak Kelantan yang berada di perantauan. Ia bertujuan mengeratkan silaturahim dan saling kenal mengenali antara satu sama lain.

"Program ini bertujuan untuk menjaga kepentingan penduduk Kelantan demi pembangunan dan keselesaan pada masa hadapan," ujarnya semasa merasmikan perhimpunan itu di sini semalam.

Perhimpunan yang diadakan bermula pukul 10 pagi itu menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan tradisional Kelantan, di antaranya dikir barat, seni pertahanan diri muay thai dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan