ADIK penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia akibat demam panas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Mohd Izat, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Mek Zainab II, di sini, meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2 Delima, HUSM.
Khairul Fahmi berkata, beliau sedih dengan pemergian adiknya dan kali terakhir bertemu arwah sebelum Aidiladha, baru-baru ini.
“Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sehingga tidak sedarkan diri ketika saya menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Kali terakhir saya sempat melawatnya selepas dia dipindahkan ke HUSM Khamis lalu dan ketika itu arwah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.
Khairul Fahmi berkata, biarpun berlainan ibu, namun mereka adik-beradik tetap akrab dan arwah meminati bola sepak, namun kurang aktif dalam sukan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan