Setiap hari saya masukkan duit kedalam bank,setelah hampir puluhan tahun lamanya saya menyimpan ke dalan Bank,tiba suatu hari,apabila saya mahu mengeluarkan wang saya,pegawai bank tersebut mengatakan bahawa tiada satu sen pun duit saya tersimpan dalam bank kerana saya tiada BUKU AKAUN yang menyatakan jumlah duit yang tersimpan.Maka "Melopong"dan menyesal tak sudah lah saya.
Inilah kisah sindiran yang disampaikan oleh Bob Lokman dalam majlis Tazkirahnya,Buku akaun tersebut ialah "Aqidah" walaupun setiap hari saya buka pintu bank dan masukkan duit tetapi tidak melalui pegawai bank dengan buku akaun,maka duit yang masukkan ke dalam bank tadi hilang begitu saja di sapu oleh orang lain.
Begitulah apabila kita melakukan amal dan ibadat tetapi tidak tercatit dalam buku amal kerana kita tiada buku akaun iaitu "Aqidah"kita telah batal.Kerana setiap amalan dan kerja buat kita dalam islam akan dinilai dan diterima oleh Allah hanya sekiranya "Aqidah" atau buku akaun kita ada.
Maka selama ini,sebelum berhijrah kedalam jemaah islam segala-galanya disangka betul dan diterima Allah,rupa2nya apabila mempelajari dalam mendalami ilmu dengan para ulamak barulah terasa diri ini jauh tersasar dan hanya bersangka segala amal diterima sedangkan diri dalam kejahilan.
Kini..saya bersyukur moga-moga,dengan buku akaun yang baru ini,Allah menerima segala amalan dan kerja buat saya kepada Islam disaat hayat dipenghujung dunia,tiada sesuatu yang lebih berharga dalam hidup ini,ialah ketenangan disamping mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan redho Allah.
ALLAHU AKHBAR !
BalasPadamSatu perumpamaan yg tepat,Subhanallah!
BalasPadamSemoga Allah mengekalkan sahabat ini dalam hidayahNya hingga beliau bertemu dengan penciptanya..Allah Huakbar!!
BalasPadamApabila telah mendapat Rahmat (Kasih sayang) Allah maka tidak berguna lagi,kemasyuran,kekayaan dan kekuasaan kerana ia milik Allah segalanya.Maka dari Allah kita hadir,kepada Allah pasti kita dikembalikan.
BalasPadamSalam, cantik metaforanya Bob!
BalasPadamJgn2 muflis pahala diakhirat kelak....
BalasPadamAllahu Akhbar !
BalasPadam