Sabtu, 31 Disember 2011

Inilah Wajah Belia "Hidup Melayu" Yang Merompak dan Membunuh..


Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu memasuki episod baharu apabila polis dapat menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes yang bermotifkan samun itu.

Suspek-suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek diberkas di Kampung Dato’ Keramat.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi mangsa pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya dua daripada suspek naik ke rumah mangsa manakala seorang lagi menunggu di bawah.

“Maklumat yang kita dapat mengatakan salah seorang suspek berumur 19 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa bercadang mencuri wang serta komputer riba mangsa untuk dijual kepada rakannya yang berusia 22 tahun. Jenayah itu hendak dilakukan ketika mangsa sedang tidur.

“Bagaimanapun, mangsa yang tersedar cuba menghalang perbuatan teman lelakinya sebelum berlaku pergaduhan. Keadaan kemudian menjadi tegang menyebabkan salah seorang suspek menikam mangsa bertubi-tubi dengan pisau,” katanya.

7 ulasan:

  1. belia bodoh. Akal kurang. JatuhiHukum seberat-beratnya.

    Padan muka

    BalasPadam
  2. bukan....bukan .... bukan ..... bukan belia hidup melayu tu ......tu belia dapig...!!!!!!!!!!!!! kah..kah..kah..!!!!!!!

    BalasPadam
  3. SEPANG, 31 Dis - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan beliau melakukan penyelewengan wang zakat bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berniat jahat.

    Beliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.

    Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.

    Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang turut memainkan isu kos ubah suai rumahnya supaya membuat penyelidikan rapi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah dan jahat.

    "Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

    Jamil Khir turut mencabar pihak berkenaan membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjelasan isu pembelian rumah yang dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
    ===================================

    Ternyata puak pakatan memang kaki fitnah !!

    BalasPadam
  4. Kajian UITM - hampir 3/4 rakyat Selangor mahukan Pakatan berambus..!!

    KAJIAN TREND PENGUNDI MENJELANG PRU 13 4 PARLIMEN DI SELANGOR

    Jumlah Responden
    Gombak : 763
    Hulu Selangor : 773
    Kuala Selangor : 764
    Shah Alam : 744

    Kepuasan Hati Terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
    Berpuas hati : 35.2% (1,071 responden)
    Kurang berpuas hati : 63% (1,971 responden)

    Pencapian Ahli Parlimen
    Gombak : 3.1% (puas hati), 96.9% (kurang puas hati)
    Kuala Selangor: 2.7% (puas hati), 97.3% (kurang puas hati)
    Shah Alam: 4% (puas hati), 96% (kurang puas hati)

    BalasPadam
  5. ITU SERVEY YANG DILAKUKAN OLEH OUAK BODOH PENYOKONG UMNO

    BalasPadam
  6. Survey UiTM macam ni,..survey UIA pun macam ni,...survey merdeka centre pun serupa begini jugak hasilnya...

    Kau orang dah boleh ler buat kira-kira sendiri..

    BalasPadam
  7. Jangan perasaan la brader Rakab Basikal,setakat servey sapa pun boleh buat,ini semua helah agar Umno Babi kembali bersemangat dan nak bagi rakyat nampak Umno kuat la tu,berapa Umno bayar pencacai buat servey ini??

    Ini semua sebab sekarang mereka nak nak mampos dengan isu dalaman dan isu rasuah pemimpin gila mereka seperti shahrizat dan Mamat Toyol kaki sapu duit Rakyat..

    Menteri Besar Mamat Toyol telah didapati salah kerana kaki sapu duit rakyat..Tiba-tiba Umno Laknatullah perasaan nak ambil balik Selangor,,Hanya Melayu Bangsat yang sering tertipu dengn permainan Umno Laknatullah ini,macam Rakab Si Bangsat inilah!!

    BalasPadam