SEPANG, 31 Dis - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan beliau melakukan penyelewengan wang zakat bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berniat jahat.
Beliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.
Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.
Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang turut memainkan isu kos ubah suai rumahnya supaya membuat penyelidikan rapi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah dan jahat.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
Jamil Khir turut mencabar pihak berkenaan membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjelasan isu pembelian rumah yang dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini. ===================================
SIAP DIA !
BalasPadamSEPANG, 31 Dis - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan beliau melakukan penyelewengan wang zakat bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berniat jahat.
BalasPadamBeliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.
Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.
Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang turut memainkan isu kos ubah suai rumahnya supaya membuat penyelidikan rapi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah dan jahat.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
Jamil Khir turut mencabar pihak berkenaan membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjelasan isu pembelian rumah yang dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
===================================
Ternyata puak pakatan memang kaki fitnah !!