Ahad, 25 Disember 2011

Macam Ni Punya "Haprak" Pun Ada Dalam Umno??

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.

“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.

Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.

“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

JuRaGan : Kepimpinan Melalui Teladan..Betul la bro..Pak Menteri pun boleh tibai,takkan Mamat ni tak boleh kut??Dalam Umno agama cuma utk main Wayang bita tiba PRU beb..Dalam Umno mana ada dosa pahala atau syurga neraka..semua halal..klu dah ulam mamak mereka perangai mcm ni,yang lain apa lagi...Hancurr Umnooo!!!!



2 ulasan:

  1. hahahaa tuu..laa,sokong lg umporno...

    BalasPadam
  2. dia bekas ustaz ATM. amalan Agama kurang ilmu agama banyak inilah jadi nya........

    BalasPadam